Wednesday, November 28, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 20

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/28/2012 09:06:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.

“Hizami! Awak tak apa-apa?”
            “Sakitnya kepala saya”

            Dahan ranting pokok kemboja di belakang jatuh di atas kepala Hizami. Menggosok kepala sambil menyeringai kesakitan. Alisia menghulurkan air minuman dengan harapan ia dapat melegakan kesakitan yang ditanggung oleh lelaki itu. Sebenarnya sudah ada senyuman yang dikulum oleh gadis itu sendirian.

            “Liya, saya sakit dan awak tersenyum?”
            “Sebab setiap kali awak cuba melakukan sesuatu yang di luar jangkaan, pasti ada sesuatu menimpa awak. Perasan tak?”

            “Ah, awak dijaga oleh pari-pari ya?”
            “Ni mesti terpengaruh dengan cerita-cerita fiksyen berlebihan ni”

            Hizami Helmi ketawa walaupun kepala semakin berdenyut. Ah, acapkali dia tidak dapat mengawal diri dan emosi bila berhadapan dengan gadis lincah itu. Ada sesuatu yang membuatkan dia rasa ikatan antara mereka semakin erat setelah lama berpisah. Mungkinkah kenangan lama menghantui diri tatkala sudah meninggalkan alam remaja?

            “Awak dengan siapa sekarang ini?”
            “Penting ke untuk awak tahu?”

            “Lelaki yang saya pernah nampak awak keluar bersama?”
            “Bukan lagi. Sudah tidak bersama”

            “Eh, bukankah dia kekasih pertama?”
            “Cinta tak semestinya bersatu kan? Awak dan gadis arkitek itu pun menyulam cinta bertahun tapi tersungkur di celah laluan”

            Hizami Helmi meneguk air liur yang terasa pahit. Gadis itu menghentamnya tepat di wajah. Kesakitan berganda yang dialaminya membuatkan rupa wajah bertambah merah. Geram yang bukan mainan dengan gadis itu. Ah, sempat dia menyindir di dalam senyuman.

            “Liya, awak ada di Malam Puisi Mawar kan?”
            “Eh, mana awak tahu?”

            “Saya salah seorang penonton. Lama saya perhatikan awak, tapi awak buat tak endah. Bila saya tanya penganjur, dia langsung tak mahu beritahu maklumat peribadi awak. Lama saya menjejaki awak. Akhirnya jumpa juga.”
            “Kenapa nak cari saya?”

            “Sebab awak kawan saya kan?”
            “Betul juga. Untuk pengetahuan awak, saya benci mawar merah. Jadi, terima kasih atas mawar putih yang awak gantikan semalam”

            “Saya tahu. Saya teringat puisi awak. Leraian Mawar Merah Berdarah. Pasti ada kaitan dengan sejarah silam kan?”
            “Ah, lelaki pertama itu. Saya enggan bicara tentang dia.”

            Muka Alisia Rayyan sudah mencuka. Pantang dia bila hal lelaki itu ditimbulkan tatkala dia belajar begitu lama untuk melupakan jejaka yang mencuri perhatiannya. Sakit yang teramat sangat. Bunyi telefon di belakang membuatkan dia menoleh. Hizami Helmi sedang menayangkan satu rakaman di tangan. Rakaman dia mendeklamasikan puisi yang begitu memakan jiwa tatkala itu.

Kamu pernah datang.
Kamu pernah pergi.
Kamu pernah membajai hati.
Tanah yang gersang dan terbiar pernah kamu terokai.

Kamu pernah membawa sinar harapan.
Kamu pernah menyajikan kasih yang tidak mungkin sirna.
Kamu hamparkan segunung impian, menyiram sejuta mimpi indah berseri cita.
Walaupun hakikatnya kamu membunuh dengan lebih kejam seperti sebelumnya.

Kini kamu datang lagi.
Pintu yang tertutup cuba kamu buka semula.
Kata kunci, kata laluan utama menjadi taruhan kamu kembali ke kamar indah.
Kamu menjerit mahu membaca semula.
Kamu melaung mahu menulis semula.
Kamu meminta untuk memadam semua cela.

Kamu buat aku ketawa tatkala kamu muncul lagi.
Pasangan berlainan jantina masih mengerumuni.
Kamu dambakan sebutir kemaafan dan bertanya adakah layar mampu dinaikkan kembali.
Mungkinkah bahtera gagah mengharungi lautan yang tidak bertepi.
Itu mimpi.
Mimpi yang kamu sangkakan satu realiti.

Itu ilusi.
Ilusi yang kamu letakkan di mata kamu yang tidak mahu berubah.
Itu tetap kamu.
Walau masa berlari pantas.
Walau takwim bertukar ganti sambil tangan pantas merenggut helaian, kamu tetap begitu.
Kata-kata yang terhambur hanya uji kaji.
Hanya racun yang sembunyi di sebalik manisan asli.

Jangan pernah datang kembali.
Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
Masa membeku.
Hati tertutup.
Mata padam.
Kamu mati.
Pasti.

Jangan datang kalau kamu tidak pasti dengan hati sendiri.
Jangan kembali kalau ada lain masih bergalang merantai setiap langkah yang kamu aturkan dalam hidup di dunia ini.
Kamu hanya bakal rosakkan apa yang dibina saban hari.
Pergi!
Jangan kembali.
Minggir dari sini.

Satu kelopak demi satu kelopak gugur ke Bumi.
Kaup dengan tangan kiri.
Tumpahkan ke dalam tong sampah di tepi.
Biarkan diri diulit sepi.
Kerana kau manusia yang paling tidak diingini.
Kini.

            Alisia meraup wajah sambil mengekang air jernih yang mula bertakung di tubir alis mata. Merenung jauh hingga tidak menyedari Hizami Helmi sudah menghulurkan sapu tangan berwarna biru padanya. Cinta pertama yang tidak kesampaian buatkan dia mengerti bahawa cinta itu sesuatu yang sering tidak pasti. Ah, cinta itu racun walaupun manis seketika.

            “Liya, maafkan saya”
            “Tak mengapa. Saya terbuai dek emosi.”

            “Liya, awak percayakan cinta?”
            “Percaya. Walaupun begitu, ada sesuatu yang saya sudah maklum lebih awal sebelum melayari bahtera hidup bersama dengan orang yang kita cinta.”

            “Apa dia?”
            “Kita boleh memiliki hati dia, tubuh badan dia, tetapi bukan jalan hidup seseorang itu. Itu apa yang pernah saya lalui dan saya akur dengan ketentuan Ilahi. Tidak akan menangis lagi. Itu janji pada diri.”

            Hizami Helmi menghela nafas panjang. Ada benarnya pertuturan gadis itu. Bertahun dia menyulam kasih sayang bersama teman wanitanya, dibawa berjumpa keluarga, melancong ke luar negara bersama, tetapi akhirnya mereka mencari haluan hidup masing-masing. Sedih dengan perkara sebegini yang membunuh jiwanya. Sepi dan sendirian melayari bahtera kehidupan.

            Liya, awak ingat bagaimana kita bertemu suatu ketika dahulu?”

            Telefon genggam milik Alisia berbunyi sebelum gadis itu dapat menjawab pertanyaan Hizami Helmi. Isyarat meminta diri untuk menerima panggilan ditunjukkan oleh gadis itu. Nama yang tertera di paparan telefon membuatkan gadis itu tersenyum lebar. Ah, asyik sekali perasaan dibuai berbunga-bunga. Hizami Helmi hanya mampu memandang gadis itu berbual di telefon sambil tertanya-tanya, siapakah gerangan yang membuatkan gadis itu mengukir senyuman menawan.

            “Hizami, saya perlu pergi dahulu. Ada urusan dengan seorang teman. Selepas itu harus bergegas menemui pensyarah.”
            “Siapa?”

            “Rahsia. Saya pulang dulu ya? Selamat tinggal”

            Lambaian gadis itu dibalas lemah, perlahan. Belum sempat berkongsi rasa dengan teman lama, ada sahaja yang mengganggu, cemburu pada kemesraan yang mahu dibaja. Hizami Helmi duduk di atas bangku, menikmati pemandangan tasik yang bertentangan dengan fakulti tempat ayahnya mencurah bakti dan tenaga. Helaan nafas semakin lemah. Ah, terasa mahu lena.

            *******

            "Alisia, awak sukakan Khalil Gibran bukan?"
"Kenapa?"

"Pasti awak tahu puisi tentang Layla."
"Ya"

"Saya tujukan ini khas untuk awak, walaupun bukan saya sendiri yang menulis"

"Kemarilah, kekasih ku.
Kemarilah Layla dan jangan tinggalkan aku.
Kehidupan lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta.
Engkau telah membebaskan ku, Layla dari siksaan gelak ketawa dan pahitnya anggur itu.
Izinkan aku mencium tangan mu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantai ku.
Ciumlah bibir ku, ciumlah bibir yang telah mencoba untuk membohongi dan yang telah menyelimuti rahsia-rahsia hati ku.
Tutuplah mata ku yang meredup ini dengan jari jemari mu yang berlumuran darah.
Ketika jiwa ku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kanan ku dan katakan kepada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu.

Aku hanya mencintai mu, Layla dan bukan yang lain.
Aku berfikir bahawa lebih baik bagi ku untuk mengorbankan hati, kebahagiaan dan kehidupan ku daripada melarikan diri bersama mu pada malam pernikahan mu.
Ciumlah aku, kekasih jiwaku sebelum orang-orang melihat tubuhku.
Ciumlah aku, ciumlah, Layla..."
(Kahlil Gibran)


"Untuk apa bait ini awak tujukan buat saya?"
"Perlukah saya jelaskan lagi?"

Alisia tersenyum girang mengingatkan betapa perbualan dengan seseorang sebentar tadi membuatkan hati berdetap dengan lebih kencang setiap kali menerima pesanan ringkas yang mendebarkan. Ah, ada nilai estetika yang dicari dalam hidup pada manusia itu. Manusia yang membuka matanya bahawa kecantikan luaran tidak akan menjamin kebahagian segala. Telefon berbunyi menandakan satu pesanan ringkas diterima.

“Alisia, sedang buat apa?”
“Teringatkan kamu. Boleh?”

“Ikut kamu. Jaga diri. Cinta kamu Alisia”
“Cinta kamu juga”

Rakaman suara, kenangan beku masa dan coretan indah. Itu sahaja kekuatan Alisia Rayyan menghadapi hari demi hari. Air mata membasahi bantal dan ranjang, esakan memenuhi kamar setiap kali lelaki itu pergi hanya dengan satu pesanan , sila jaga diri. Zettai kareshi yang menjadi igauan mimpi setiap kali diri melabuhkan tubuh di ranjang besi.

*****

Kereta membelok ke perkarangan fakulti dan hujan mula turun membasahi bumi. Segar dengan bauan rumput yang baru dipotong kemas di tepi, gadis itu melangkah keluar dari kereta usai memarkir kereta di tempat yang disediakan. Menulusuri titian hijau dan matanya tertancap pada seseorang yang berada di luar gimnasium. Urusan apa dia di sini?

“Chia Hau?”

Lelaki yang disapa itu menoleh. Ah, betapa terkejutnya melihatkan gadis idaman muncul di hadapan mata. Apa yang dibuat oleh gadis itu di sini?

“Meu caro Alisia, o que você está fazendo aqui? (Alisia, apa yang awak buat di sini?)”
“Eu tenho classe aqui. Eu não te disse que eu mais os meus estudos? Fazer Masters de qualquer maneira. (Saya ada kelas di sini. Eh, saya tidak beritahu awak yang saya sambung belajar? Ambil Sarjana.)”

“Não. Você não me contou sobre ela. Bem, não é realmente importante para me conhecer direito? (Tidak. Awak tidak beritahu saya. Lagipun, bukan penting pun untuk awak beritahu saya kan?)”
“Você está certo. (Awak betul)”

Buntang mata Brian Zaff Chia Hau mendengar jawapan Alisia. Padan mukanya menyatakan begitu. Ah, dengan Alisia memang tiada istilah bermanja bagai. Tidak akan dilayan sedemikian rupa. Tersenyum Chia Hau melihatkan pergelangan tangan Alisia yang terikat dengan tali merah. Gadis itu memang bersemangat waja dengan apa yang diperjuangkan. Malas mahu ditegur, risau kalau hanya menimbulkan amarah.

“Saya ada kelas, jumpa lagi”
“Awak habis kelas jam berapa?”

“Satu petang”
“Saya tunggu. Boleh makan bersama?”

“Tengoklah macam mana.”
“Please Alisia”

“We’ll see about that. I can’t promise you”

Alunan irama Beethoven bergema secara tiba-tiba. Ah, pensyarah di bilik kaunseling sudah memulakan rutin biasanya.Muzik dipasang sebagai terapi muzik bagi semua pelajar. Tenang dan mendamaikan bagi jiwa yang mendengar irama dengan gembira.

“Alisia”
“Saya tak janji”

“Awak ada nak jumpa orang lain?”
“Saya ada kelas. Pergi dulu ya?”

“Saya tunggu awak!”

Jeritan Chia Hau bergema mengalahkan bunyi irama yang terpasang. Gadis itu hanya mengangkat tangan dan membelakangkan dirinya. Berlalu pergi dengan gaya santai persis seorang gadis remaja. Ada sesuatu yang jatuh dari sisipan failnya tanpa disedari. Chia Hau membiarkan gadis itu berlalu pergi sebelum dengan pantas mencapai kertas tersebut.

"Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa." (Kahlil Gibran)

Berkerut dahi Chia Hau membaca tulisan yang dicoretkan oleh Alisia. Apa maksud gadis ini?



(bersambung)

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas