Wednesday, November 28, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 18

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/28/2012 08:51:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.

“Amirah!”

            Gadis itu ketawa kecil melihatkan Alisia terpempan bila pipinya dicium apabila berpusing ke belakang. Merah mukanya menahan malu kalau-kalau ada yang memerhatikan mereka. Sungguh bernasib baik kerana kawasan Kimia jarang dikunjungi oleh pelajar pada waktu senggang begini. Kalau tidak, pasti sudah jadi bahan bualan seperti pelajar di Blok C.

            “Kenapa Alisia?”
            “Kegilaan apa yang merasuk kamu tiba-tiba buat begini?”

            “Hizami Helmi di kubikel bertentangan. Lagak seperti ibu ayam kehilangan anak. Apa dah jadi?”
            “Eh, kenapa aku perlu tahu apa yang jadi pada dia?”

            “Dia menjengah kubikel kau tadi.”
            “Jadi?”

            “Dia tanya apa? Ada cakap apa-apa?”
            “Oh, dia cuma jengah sahaja. Aku pun tak pasti.”

            Amirah memandang  Alisia Rayyan dengan curiga. Alisia ketawa melihatkan telatah gadis itu yang mahu mengorek rahsia. Bukan ini saatnya mahu membuka rahsia di dada kepada Amirah. Boleh jadi bahan kutukan di dalam bilik nanti. Alisia menarik muka serius bila Amirah mula mendekatinya lagi. Ah, tidak mahu dicium!

            “Takut aku cium lagi?”
            “Aku tak kisah. Cuma kalau teman lelaki kau tahu, jangan salahkan aku ya?”

            “Eh, janganlah cakap dengan dia”
            “Aku tak boleh jamin boleh simpan rahsia”

            “Alahai Alisia. Janganlah begitu!”
            “Give me back my phone please”

            “Nope.”
            “Fine, Ilham will know about this”

            “Okay, you win this time Alisia. Here you’re”

            Telefon genggam bertukar tangan. Alisia tersenyum melihat gelagat Amirah yang sudah pucat bila diugut begitu. Isyarat kelaparan sudah ditunjukkan oleh Amirah. Jam tangan dikerling dan Alisia tahu waktu makan tengah hari sudah tiba. Amirah tidak boleh terlewat atau gastriknya akan melanda. Mengemas buku-buku di meja sambil mata mencuri pandang lelaki pelik itu. Ah, sudah terlena di atas buku.

*******

            Chia Hau hanya memerhatikan drama di seberang jalan. Alisia berdiri tegak membelakangkan matahari dengan entah lelaki mana yang bertindak liar pada gadis itu. Benci dan menyampah mengenangkan betapa sepatutnya dia yang berada di dalam keadaan bahagia. Ah, kebodohan semberono zaman remaja dahulu ternyata memakan diri. Menyumpah diri perlahan dalam hati.

            Buku biru gelap yang terkeluar dari beg sandang Alisia yang tergeletak di atas kerusi ditarik keluar. Ah, seperti dahulu, gadis itu akan mencoret walau di mana sahaja. Ada satu garapan yang buat Chia Hau terpana. Tulisan tanpa sebarang tanda. Coretan kalam di akhir kanvas buatkan dia tertanya, apakah ini untuk dia?

            Kadang-kadang kamu bising tengok aku degil, nakal.
Kadang-kadang kamu fikir aku bakal mencari yang lain.
Kamu kata kamu takut aku hilang pada dia.
Tapi kamu perlu tahu, dalam hati aku hanya ada kamu.

Kamu takut aku menoleh pada kenangan lalu.
Kamu perlu tahu, kalau pun aku menoleh ke belakang, aku mahu belajar sesuatu.
Bukan untuk menagih cinta dia dan menyuburkan kenangan lama.
Kalaulah kamu boleh lihat hati aku.
Kalaulah cukup lagu-lagu yang aku dendangkan buat kamu tahu malam tadi.
Aku harap kamu sedar apa yang aku maksudkan.

Alisia Rayyan Daniel Abdullah.
Untuk bekas kapten pasukan bola keranjang SMK Muara. 

*******

            “Liya”
            “Ya, Hizami”

            “Kenapa termenung?”
            “Tiada apa-apa”

            “Apa yang awak rasa?”
            “Puisi yang bagus. Pandai awak meriwayatkan kisah yang cantik.”

            “Tidak. Maksud saya, apa perasaan awak setelah dengar saya deklamasikan itu?”
            “Apa yang saya perlu rasa?”

            Hizami Helmi mengeluh perlahan. Gadis ini tidak mahu mengaku atau hati beku? Betapa bersusah payah dia berusaha untuk belajar sastera Melayu sewaktu mengambil jurusan undang-undang sebelum ini. Semata-mata untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu diri. Tidak mahu dipandang sepi. Enggan dikutuk dan dicerca hina maki.

            “Saya balik dulu Liya”
            “Baiklah. Saya sendiri ada urusan lagi”

            “Liya, terima kasih”
            “Kenapa?”

            “Sebab tak marah saya”
            “Tidak perlu marah”

            “Kenapa?”
            “Saya faham penderitaan awak. Moga awak lebih tabah. Itu sahaja doa saya.”

            Alisia Rayyan berlalu pergi, berpaling ke arah gelanggang bola keranjang di mana ada manusia-manusia yang masih setia menunggunya. Lontaran bola dan sinaran matahari yang memantul di gelanggang adalah lebih baik dari terus bermain kata dengan manusia yang bergelar peguam. Panggilan dari belakang menyebabkan gadis dia berhenti melangkah, menoleh lelaki kacukan Siam itu semula.

            “Liya”
            “Ada apa?”

            “Betul awak tak rasa apa-apa?”
            “Apa yang saya perlu rasa?”

            “Entah. Saya pulang dulu.”

            Alisia hanya memerhatikan lelaki itu berlalu pergi. Malas dia mahu menahan lelaki itu. Pasti hati lelaki itu terluka dengan cara dia melayan, tetapi apakan daya, itu sahaja yang mampu dilakukannya. Teringatkan apa yang pernah dicoretkan di laman maya peribadi tentang lelaki itu suatu ketika dulu.

            “He is really good in English. I never met anyone like him - which was really good naturally. But, each time he tried to speak in Malay, it'll sounds funny.I suspected he translated some words directly, LOL! But, we make it as one of elements which colored our friendship. I mean, at least, I challenged myself to be as good as him. Maybe not perfect, but I know, I'm trying.”

*******

            Ada hati yang ingin mati. Ada hati yang tenat diselubungi kisah duka. Ada hati yang tidak mampu menerka ke mana arah tujuan sebenarnya.Hala tuju kini berbeza. Kaki yang seiringan melangkah sebelum ini sudah mencari laluan yang langsung tidak sama. Hati masih mengingati tetapi sudah disimpan di kamar yang tidak akan pernah kau jumpa.

Maaf atas segala kekurangan aku. Terima kasih atas segala kehebatan dan kebaikan kamu. Sumpah! Memori itu masih jelas tetapi sejak kamu mendoakan yang terbaik buat aku, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu juga. Janji pernah tersimpul rapi. Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebegitu. 

Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit. Kamu masih berada di tempat yang sama, dan aku juga masih di takuk lama. Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh. Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.

Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Sudah hampir dua tahun segalanya menendang kepala dan hati ini. Kamu masih punya tempat yang istimewa tetapi panggilan terakhir nampaknya telah merubah segalanya. Panggilan sewaktu diri ini dirundung luka. Ia ternyata mengubah segalanya.

Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah. Benar kata teman baik malam tadi, aku yang masih menunggu. Hati aku jahat - sangat jahat dan harus dibunuh dengan kejam. Aku seka air mata yang mengalir laju dan menulis demi kamu.

-Buat Kekasih Pertama-
(Kau pernah hadir dan kau tidak akan pernah dilupakan selamanya.)

Chia Hau meraup wajah dengan tangan yang terketar. Buku catatan Alisia Rayyan ternyata menyimpan seribu satu rahsia. Betapa gadis itu seorang yang cukup perasa. Hatinya mungkin pernah disakiti tetapi dia tidak pernah mahu membalas dengan cara yang salah. Malu dengan diri sendiri yang masih berani bertegur sapa walaupun hakikatnya, dia yang membunuh perasaan gadis bergelar Rayyan suatu ketika dahulu. Johaina Lim, betapa dia benci mahu mengingati gadis liar itu.

“Alisia”
“Ya.”

“Siapa lelaki tadi?”
“Kawan masa di matrikulasi dulu”

“Oh...”

Alisia menyambung tugasan melakar papan strategi serangan sambil memerhatikan permainan anak buahnya. Benda yang berkaitan dengan perasaan ditolak ke tepi, agar ianya tidak menjejaskan prestasi. Satu demi satu lakaran disiapkan agar memudahkan pelajar dan menyenangkan langkah permainan. Chia Hau turut membantu dengan pengalaman sedia ada. Ah, masing-masing pernah memegang tampuk permainan yang bukan mudah.

“Bila nak kahwin?”
“Siapa?”

“Awaklah, Alisia querida”
“Terlalu muda untuk itu semua. Ada yang saya masih mahu kejar”

“Ya ke? Bukan awak ramai kawan lelaki ke?”
“Dia merupakan kekasih perempuan lain. Bukan saya. Saya tidak layak akan gelaran itu.”

“Kekasih gelap kamu ke?”
“Dia berkulit cerah.Jadi, dia kekasih gelap saya yang berkulit cerah. Saya sayang dia tapi saya tidak cinta dia.”

“Kenapa?”
“Kerana apa? Dia milik orang lain dan saya hanya gembira dengan kehadiran dia. Sumpah. Saya tidak mengharap lebih.”

“Hebat awak Alisia”
“Oh, memang. Itu plot terbaru cerpen saya. Awak boleh tengok dalam majalah dalam beg saya. Sudah tersiar untuk ruangan sastera santai.”

“Cerpen?”

Melihatkan muka Chia Hau yang berubah serta merta membuatkan Alisia ketawa menggila. Padan muka lelaki itu. Banyak sungguh yang dia mahu tanya sampai gadis itu sudah tidak mahu menjawab dengan serius lagi. Chia Hau merenung gadis itu yang tangkas membuat kerja lalu teringatkan apa yang mahu diberitahu sebentar tadi.

“Alisia, siapa Fadzli Shu’bah?”
“Kawan baik saya. Kenapa?”

“Tadi telefon genggam awak berbunyi. Nama itu muncul di skrin, dan yang menarik perhatian, ada perkataan ‘Busuk’ di belakang. Teman lelaki atau skandal baru?”
“Kawan lelaki saya Chia Hau. Tolong hulurkan telefon saya. Saya nak telefon dia semula. Awak tak jawab tadi kan?

“Tidak”
“Sebentar ya?”

Alisia mengambil telefon yang diunjukkan oleh Chia Hau dan bila terfikir apa yang mungkin mahu diperkatakan oleh Fadzli Shu’bah, gadis itu sudah tidak dapat menahan sabar. Dia tersenyum sendirian sambil mendail nombor lelaki itu. Lelaki yang menyimpan sejuta rahsia tanpa menyedari ada mata yang menyorot kesedihan dari belakang.

Chia Hau mencapai buku Alisia yang disorokkan di belakang bakul alatan sukan. Nasib baik gadis itu tidak menyedari kehilangannya. Sambil matanya memandang gadis itu, Chia Hau mencari bahagian yang ditemui sebentar tadi. Busuk dan Tengik. Persoalan yang terjawab bila membaca siri perjalanan persahabatan mereka. 

Aku ada seorang kawan.
Aku panggil dia Busuk.
Busuk, kawan yang aku tak pernah jumpa dia alam realiti, tapi memahami sisi dunia aku yang celaru.
Sisi dunia aku yang kadang kala terumbang ambing bagi memenuhi tuntutan manusia di sekeliling aku.
Mungkin dia lebih faham akan dunia di sebelah aku.

Dia panggil aku Tengik.
Tengik dalam erti kata apa pun, aku tidak mengerti.
Mungkin aku sendiri tidak mahu mengerti.
Biarkan sahaja masa berlalu, aku tidak ingin jawapan.
Busuk dan Tengik.
Dua sahabat, mungkin lebih sedang aku menganggap dia sebagai seorang sahabat.
Orang macam Busuk, orang yang aku tak jumpa di dunia aku di sini.
Orang yang aku cari di dunia realiti aku.

Kadang-kadang aku pelik juga dengan tingkah laku aku.
Si Busuk akan dengan senang hati menangkis jawapan aku.
Beserta dengan hujah dia yang tersendiri.
Pada aku, Busuk banyak mengajar aku, Si Tengik ini pelbagai perkara.
Dia ajar aku tentang sisi kehidupan itu sendiri.
Betapa aku mungkin lemah, tetapi ada kekuatan yang perlu aku bangkitkan.
Busuk ajar aku dengan keadaan aku yang lemah serta dipenuhi kesedihan, hanya akan mengundang petaka buat diri aku sendiri. Terima kasih Busuk. Kau buka mata aku tentang layar kehidupan yang penuh warna - apa yang perlu aku lakukan agar hidup aku tidak lemah disebabkan oleh secebis kenangan.

Chia Hau menutup buku itu dan bersandar ke belakang. Betapa lelaki itu bertuah dapat berkongsi persahabatan dengan Alisia Rayyan walaupun hakikatnya mereka tidak pernah berjumpa. Lelaki Serani itu memerhatikan Alisia yang sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman terukir di wajah. Hanya dengan satu panggilan telefon dengan kawannya itu sudah mampu membuang geruh yang terlekat di wajah sebentar tadi?

“Alisia”
“Ada apa Chia Hau?”

“Awak sudah ada teman lelaki?”
“Perlu ke saya jawab soalan tu?”

“Kalau belum ada, saya rasa...”

Ayat Chia Hau tergantung di situ. Dia merenung wajah guru muda yang kelihatan kebingungan. Ada sinar harapan yang dia dambakan selama ini. Kasih sayang yang bukan mainan. Kekuatan yang boleh disandarkan tanpa perlu mengharapkan apa-apa lagi. Hanya mahu hidup bersama. Menikmati setiap saat dalam dakapan kasih dan cinta.

“...saya mahu melamar awak, boleh?”

Alisia Rayyan terpaksa berpaut pada kerusi dan melongo memandang wajah serius Chia Hau. Kegilaan apakah ini?



(bersambung)

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas