Wednesday, November 28, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 17

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/28/2012 08:45:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.

“Ouch!”
            “Eh, maaflah bang. Bola ni kuat sangat agaknya melantun dari tepi. Kami sedang berlatih main bola keranjang”

            “Betul Dwen. Maaflah bang, kami ni memang hampir tahap pemain profesional. Muka abang yang kacak tiada apa-apa?”
            “Eh Ady, ada pegang bunga la abang ni. Nak bagi pada Miss Rayyan?”

            Pelukan pada badan Alisia Rayyan dilepaskan serta merta. Muka diraup pantas dan kesakitan yang memenuhi serta memeritkan muka ditahan sendirian. Muka terasa panas membahang. Entah kerana malu atau sakit, Hizami Helmi sendiri tidak tahu. Dia memandang Alisia yang masih berdiri tegak, kaku dengan apa yang berlaku.

            “Miss Rayyan, are you okay?”
            “I’m fine Dwen, Ady. Thanks a lot”

            Dwen Zaff dan Ady Haqim memerhatikan jurulatih kesayangan mereka 

Chia Hau yang duduk di bangku tersenyum sinis. Betapa adiknya sangat memahami dan menggunakan kenakalannya di tempat yang betul. Mesti diberikan sedikit suntikan ke dalam wang sakunya minggu hadapan sebagai tanda penghargaan seorang abang secara diam-diam.

            “Liya, we need to talk”
            “I don’t want”

            “Please Liya. I promise, that things will never ever happened again”
            “What’s wrong with you Hizami?”

            “I’m sorry Liya, but everyone is watching us, please. Give me 5 minutes, I promise nothing will happen to you sweetheart”
            “Just five minutes, okay?”

            “Promise”

            Alisia berjalan menghala ke kereta yang diparkir di tepi taman. Hizami Helmi mengikut dari belakang dengan wajah kesal terlukis di wajah. Betapa jejaka itu kesal atas keterlanjuran dia sebentar tadi. Ah, mengundang padah sedangkan mencari gadis itu bukanlah sesuatu yang mudah. Harapan yang dibajai dalam hati seakan sudah musnah. Hati bertambah gundah.

            Langkah terhenti dan wajah itu direnung sepi. Gadis yang dipanggil Liya Daniyal itu masih memegang jambangan bunga merah. Sejuk sedikit hati melihatkan gadis itu tidak mencampakkan dua belas kuntuman mawar merah yang dihias indah itu. Masih teringat bagaimana kalutnya dia memilih titipan buat teman lama yang sentiasa menceriakan wajahnya itu.

            “Liya”
            “Ada apa Hizami? Tak cukup apa awak buat tadi?”

            “Saya cuma nak awak dengar ini”
            “Apa dia?”

            ‘Dengarlah, sekejap sahaja. Buat awak”

            Telefon genggam putih dihulurkan kepada Alisia yang terpaksa menerimanya. Kesungguhan di mata lelaki yang pernah main sembunyi dengan dia di zaman matrikulasi itu sukar untuk dihampakan. Mata tertancap pada logo epal di belakang telefon. iPhone. Benci betul dia pada pengguna iPhone. Ada sebab peribadi mengapa dia tidak gemar pada si pembawa telefon pintar jenama Apple itu.

            “Please listen to it dear”
            “A poem?”

            “Please.”
            “Fine”

            Sehelai kertas dihulurkan kepada gadis itu. Tulisan kemas lelaki itu direnung sambil jari memasukkan hujung wayar ‘headphone’ ke dalam telinga. Tajuk yang dicoret dengan tinta emas itu menarik perhatian Alisia. Bingkisan manisan secangkir senyuman. Alisia tersenyum sendiri. Garapan lelaki ini kah?

            Sebuah kotak dibuka setelah dipilin tanpa kesan.
Mentari mencuri, menyelinap masuk tanpa sebarang tanda memilih insan.
Deruan hembusan bayu mengalunkan ilham puisi ketuhanan.
Dan dia memilih duduk mencari ketenangan.

Birai kotak berdebu diusap perlahan.
Sepi menyelubungi sekeping hati yang dipenuhi kesunyian.
Langit cerah, tapi ada titisan gerimis lembut mula menerjah tangan.
Menelusuri setiap jejak yang ditinggalkan.

Seribu pahlawan.
Helaian manuskrip bukan riwayat dongengan.
Ada bait-bait lusuh kenangan.
Sesuatu mengacau minda, buat dia mengukir senyuman.
Desiran angin buat kepanasan diganti kesejukan.
Mana janji bungkusan manisan?

Satu, dua, tiga, empat sampai lapan.
Kotak terlepas dari jari yang diselimuti sarung tangan.
Goncangan.
Goncangan.
Derakan.

Bangun dari kasur yang menjadi alas punggung seharian.
Pandang ke sudut kanan.
Ada sesuatu dari bungkusan sudah bertaburan.
Ada jejak merah saga yang menarik perhatian.
Bening mata menyoroti tidak terungkapkan.
Mata seorang perempuan.

Ah, itu kenangan.
Itu butiran manisan.
Ornamen bisu sudah dipadamkan.
Bibir merkah dengan secangkir senyuman.
Jari memilih yang mana berkenan.
Larut dalam cinta ciptaan Tuhan.

Satu, dua, tiga empat sampai lapan.
Kira, masuk dan hadam sendirian.
Ada potret beku yang direnung secara berhadapan.
Telan manisan.

Manisan dan senyuman.
Senja turun di ufuk, awan berarak lalu perlahan.
Dia menunggu seorang insan.
Yang bakal muncul dari belakang menghadiahkan pelukan.
Hangat diikuti ciuman.
Suatu kesaksian.

Alisia mendengar setiap bait yang didendangkan oleh Hizami Helmi di dalam puisi itu. Ada yang tercuit di tangkai hati wanitanya. Ah, pantas benar Hizami Helmi menulis sesuatu seperti ini, seperti kurang percaya pula Alisia. Lelaki yang dulunya entah faham atau tidak Bahasa Melayu pertuturannya akibat menghabiskan usia kanak-kanak di luar negara bersama ibubapanya yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah di sana.

*******

“Alisia, aku ada nombor telefon Hizami Helmi. Kau nak?”
“Nak buat apa?”

“Eh, aku ingat kau minat dia. Aku pun pergi minta pada Miya Sara tau?”
“Erk, main sedap kau je kan?”

Amirah Laila ketawa kecil melihatkan muka cemberut Alisia. Sengaja dia mengusik teman sekamarnya itu. Alisia sendiri tidak pernah menunjukkan minat pada mana-mana lelaki, maka peluang yang terbuka ini mahu diberikan kepada gadis itu. Ah, kalau kawan tidak tolong kawan siapa lagi? Kasihan juga melihat Alisia yang asyik menemankan dia menemui buah hati setiap hari.

“Ambil sahaja lah. Kalau kau bosan, boleh hantar pesanan ringkas pada dia.”
“Lawak apakah ini?”

“Mari telefon genggam kau. Aku masukkan ya?”

Alisia hanya memandang Amirah Laila menyimpan nombor telefon Hizami Helmi di dalam senarai kenalan sambil menggeleng kepala. Ikut suka sahaja gadis itu. Sangat mengambil berat pada dia sehingga Alisia rasa pelik dengan Amirah Laila.

“Nah, dah siap”

Alisia mengambil telefon genggam Nokia 6230 berwarna putih miliknya. Mencerlung matanya melihat nama Hizami Helmi di dalamnya. Bukan meletakkan nama betul lelaki itu tetapi dengan nama gelaran yang entah apa yang difikirkan oleh Amirah. Ketawa kecil Amirah melihat reaksi Alisia yang sudah dijangka.

“Putera Tampan?”
“Ya, kenapa?”

“Bila masa pula dia tampan?”
“Tak ke? Bukan lelaki yang punya iras muka Cina, Jepun dan Korea menjadi pujaan kau?”

“Memang, tapi...”
“Jadi, dia pasti tampan di mata kau. Jangan nak tukar”

“Muka dia macam Mr. Bean tahu? Hari itu Miya kata dia tidur dalam kelas sambil mulut ternganga.”
“Mesti comel”

“Kau ni, aku beritahu Ilham nanti. Lain macam pula gaya kau”
“Ilham itu sudah cukup kacak bagi aku. Dah kawan dari sekolah, masuk matrikulasi sama lagi. Aku memang mahu kau kawan dengan Mr. Bean tu. Sepadan dengan kaca mata, dan sama-sama budak Fizikal. Nama kau berdua pun kira macam saudara”

Alisia Rayyan hanya ketawa. Hizami Helmi Harith Stephen mana ada kena mengena dengan dia. Lelaki itu pun tidak menunjukkan tanda mengenali dia walhal pernah bersua muka. Ah, baru terpilih menjadi Jawatankuasa Pembangunan Pelajar sudah mula lupa diri. Cepat-cepat Alisia mengusir pemikiran jahatnya. Hakikatnya dia hanya bertentang mata dengan lelaki itu tatkala pertemuan memalukan bila terlanggar Azwan Anuar.

*******

Menghadap nota Fizik yang menimbun membuatkan Alisia kebosanan. Rakan-rakan sebilik keluar dan dia mahu menghabiskan masa mengulangkaji. Sudah dua jam dia dia berada di perpustakaan. Kesejukkan mula mencengkam diri. Dia memandang sekeliling, kebanyakannya belajar berdua, berpasangan lelaki dan perempuan. Tersenyum sendirian bila mengenangkan Amirah Laila selalu juga begitu. Cuma dia yang sejak sekolah tidak pernah begitu. Ingatan melayang pada lelaki Serani yang mengkhianati di akhir persekolahan. 

Duka diusir pergi. Tidak mahu mengeruhkan fikiran yang sudah sedia ada berkecamuk dengan bebanan pelajaran. Bangun dan menuju ke rak buku. Memilih buku yang sesuai untuk dibaca untuk bahan bacaan ringan. Ternampak kelibat Hizami Helmi yang duduk menggalas beg di hadapan meja yang bertentangan.

Alisia duduk di meja dan mula membaca. Tidak sampai sepuluh minit, tumpuannya terganggu. Gelagat Hizami Helmi sangat tidak menyenangkan. Berpusing di atas kerusi, dan menolak buku ke atas muka. Walaupun tiada sebarang bunyi dikeluarkan, geram pula Alisia melihatkan lelaki itu. Ilham nakal melintas di pemikirannya. Alisia tersenyum nipis dan mengeluarkan telefon genggamnya lantas menaip pesanan.

“Hai Hizami Helmi”

Selepas pesanan ringkas dihantar, Alisia mengintai di sebalik kubikel meja. Kelihatan Hizami Helmi mengeluarkan telefon genggam dan membaca pesanan. Pantas si mata empat itu menekan dan membalas. Telefon genggam Alisia bergetar. Terpapar di skrin, satu pesanan ringkas diterima.

“Hai. Siapa ini?”

Alisia mengulum senyum dan pantas membalas. Hilang rasa mengantuk akibat duduk berlamaan di perpustakaan. Pantas membalas pesanan yang diterima. Saling berbalas 

“Kawan dari Fizikal juga”
“Guy or girl? Name?”

“Girl. Just called me Liya”
“Which Liya?”

“Told ya, Physical student.”
“Okay then. Should have surname right?”

“Daniyal. Liya Daniyal.”
“That’s better. I’m Hizami Helmi Harith Stephen. Just called me Hizami”

Alisia ketawa sendirian bila melihatkan Hizami Helmi dengan muka berkerut-kerut membalas pesanan ringkasnya. Padan muka lelaki itu. Ada sahaja gelagatnya yang membuatkan Alisia ketawa sendirian. Betapa mudah berkomunikasi dengan lelaki yang duduk bertentangan tanpa menunjukkan wajah. Telefon genggam yang diletak di tepi bergetar. Ada pesanan ringkas lagi yang diterima.

“Why you didn’t reply my message? Busy?”

Alisia tersenyum mengenangkan betapa dekatnya manusia dengan dia saat ini. Fikiran nakal terlintas lagi di fikirannya. Ah, lelaki itu akan jadi alat mainan mulai saat ini. Si nakal Alisia kembali untuk memeriahkan kehidupan yang agak suram.

“Hizami Helmi, kamu pakai baju hijau kuning kan?”
“How would you know?”

“Because I know it.”

Hizami Helmi tercacak bangun dan berpusing ke kiri dan ke kanan. Mencari di mana gerangan manusia yang bernama Liya Daniyal. Tiada tanda-tanda ada gadis di sekeliling kubikel berdekatannya. Permainan apakah ini? Telefon genggam dicapai dan nombor gadis itu didail. Moga-moga gadis misteri itu terlupa untuk menutup telefonnya. Matanya mengintai setiap celahan. Hampa.

Alisia menahan tawa melihat Hizami Helmi bersusah payah mencari dia. Mukanya ditarik agar kelihatan serius dan sibuk menelaah timbunan nota Fizik. Bila lelaki itu menjengah di kubikelnya, gadis itu mendongakkan wajah dan menggeleng bila ditanya oleh lelaki itu.

Telefon genggamnya bergetar kuat di dalam poket. Nasib baik bunyi sudah dimatikan kerana peringatan serta denda akan dikenakan jika telefon berbunyi di dalam perpustakaan. Senyuman terukir di wajah dan gadis itu tekun menelaah pelajaran seterusnya. Hampir dua puluh minit dia menahan tawa dan akhirnya, Hizami Helmi nampaknya sudah berputus asa. Dia kembali ke kubikel bertentangan dengan muka masam.

“You can’t find me Hizami Helmi?”
“Nope, but I will find you, sooner or later”

“Catch me if you can”
“Beat me”

Alisia tersenyum lagi dan belum sempat dia menyembunyikan diri di dalam kubikel, ada tangan yang merampas telefon Nokia 6230 miliknya dari belakang. Alisia terkejut dan berpaling. Belum sempat bersuara, seseorang menciumnya dari belakang.

Alisia terpempan.


(bersambung)


0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas