Monday, November 26, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 14

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/26/2012 08:46:00 AM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.


Sehelai kain putih menutupi muka Chia Hau. Alisia meneguk air liur yang terasa kelat. Betapa masa amat mencemburui pertemuan mereka sebelum ini. Kalau mereka tidak bertembung di petang yang meremang, apakah kenangan lapan tahun lepas akan melingkari hatinya semula?

            “Por que você me deixa tão cedo? Eu ainda não tenho nenhuma chance de passar tempo com você. (Kenapa awak tinggalkan saya terlalu awal? Saya belum punya peluang untuk menghabiskan masa dengan awak.)”
            “Ser professor de paciência. (Bawa bersabar cikgu)”

Di bawah kain putih terdapat pula sehelai kain lain. Sehelai sapu tangan yang sungguh dikenali. Ah, kenangan mengusik lagi. Air mata semakin laju menuruni pipi. Sapu tangan merah jambu yang menutup wajah Chia Hau ditarik perlahan. Menatap wajah itu buatkan dia terduduk di atas lantai sambil meraung. Kejamnya lelaki itu, tegar sungguh mereka yang disekelilingnya membantu melaksanakan perkara tersebut. Betapa mereka patut tahu jantungnya sudah bekerja lebih masa menahan debaran dan degupan menggila.

            “Eu te odeio, Chia Hau! (Saya benci awak, Chia Hau!)”

            Gadis itu bangkit dan menumbuk-numbuk kuat dada Chia Hau sambil menangis. Lelaki Serani itu hanya ketawa sambil memegang tangan gadis itu yang menggila, tidak dapat mengawal amarah. Kakitangan hospital hanya tertawa kecil melihat gelagat wanita yang terkena perangkap yang dicipta. Tindakan pantas Dwen Zaff yang menyedari kehadiran gurunya sebentar tadi mewarnai suasana wad yang suram sebentar tadi.

             “Eu te odeio, Chia Hau! (Saya benci awak, Chia Hau!)”
            “Acalme-se Alisia. É apenas uma brincadeira minha querida. (Tenang Alisia. Ini hanya gurauan sayang)”

            “Como você se atreve a fazer assim para mim? (Tergamak awak buat begini pada saya?)”
            “Estou Alisia arrependido. (Maafkan saya Alisia)”

            Alisia terduduk di kerusi sebelah katil lelaki itu. Sudah habis tenaganya menjerit marah pada lelaki itu. Tegar sungguh dia melakukan sedemikian. Kalaulah dia tahu betapa risaunya dia sebentar tadi. Kecederaan yang kalau dibiarkan mampu membawa kesan yang lebih buruk. Dwen berdiri di belakang jurulatih bola keranjangnya sambil menahan tawa yang masih bersisa. Benar kata abangnya, sifat wanita Cikgu Rayyan akan terserlah bila sesuatu masalah timbul, lebih-lebih lagi berhadapan dengan orang yang disayangi. Eh, Cikgu Rayyan dan abangnya bercinta?

            “Mana awak tahu saya ada di sini?”
            “Saya terjumpa kawan lama, doktor yang merawat awak tadi. Dia ada cerita, jadi saya terus bergegas ke sini”

            “Awak bergegas ke sini dari mana? Rumah?”
            “Bukan, saya memang ada di hospital. Lutut saya ada kecederaan kecil usai berkursus tempoh hari. Rasa kurang selesa, itu yang saya ke hospital. Awak cedera ligamen ke?”

            “Ya, ligamen lateral. ATFL. Anterior Talofibular Ligament. Bahagian situ kan senang koyak dan mudah cedera. Tapi sedikit sahaja ni. Esok lusa saya dah boleh kembali bekerja”
            “Ah, dulu pun awak kata begitu masa cedera”

            “Dan dulu pun awak menangis kuat begini”
            “Sebab dulu awak pemain utama. Saya tidak mahu Cikgu Ghazali hentak kepala besar dia ke dinding melihatkan kapten pasukan bola keranjang tersungkur cedera.”

            “Nakal awak!”

            Air mata yang bersisa di pipi gadis itu diseka lembut oleh Brian Zaff Chia Hau. Betapa gadis itu pernah sanggup melakukan sesuatu di luar batasan suatu ketika dulu, demi untuk melawatnya di hospital akibat kecederaan bermain bola keranjang. Kenangan manis zaman remaja memenuhi ingatan jejaka itu. Gadis itu tidak pernah dilupakan walaupun dirinya pernah tewas dengan pujuk rayu Johaina.

            “Brian Zaff, kenapa dengan muka awak?”

            Danish Aryan yang muncul dari belakang terpaku melihat muka Chia Hau yang dipenuhi contengan. Bukan sebarangan, tetapi tulisan cinta dan gambar hati terpapar dengan warna merah jambu di wajah. Pesakit yang baru ditinggalkan bersih sebentar tadi sudah berlumuran dengan warna.

            “Oh, tiada apa-apa. Cuma gurauan nakal dengan gadis muda”
            “Alisia?”

            “Jurulatih terbaik sekolah dan bekas kekasih lama saya doktor”

            Alisia mencerlung mata melihat Chia Hau. Lantang sungguh lelaki itu meluahkan di hadapan Danish Aryan yang mula pucat wajahnya. Chia Hau ketawa kecil sambil mengerling Dwen Zaff, memberi isyarat agar kotak tisu dihulurkan untuk membersihkan wajah yang penuh dengan pewarna.

            “Kekasih lama kamu seorang lelaki Serani, Alisia?”
            “Kekasih lama yang menari bersama di gelanggang bola keranjang, doktor. Tidak lebih daripada itu. Benarkan Alisia querida?”

            “Penolong kapten pasukan bola keranjang sekolah sewaktu saya dalam Tingkatan Lima. Dia akhirnya jadi kapten masa dia Tingkatan Lima”
            “Ah, saya lupa kamu lebih tua Alisia.”

            Melihatkan muka Alisia Rayyan yang berubah mendengarkan butir bicara Danish Aryan yang berbaur sindiran, pantas Brian Zaff Chia Hau mencelah pantas sambil mengisyaratkan Dwen membawakan kerusi mendekati birai katil.

            “Bukan usia kan Alisia querida? Hanya kamu lebih baik dalam mewarnai kalendar akademik diri. Ah sayang, apa yang kamu tercegat di situ berdiri? Por favor, me sento aqui querida (Silakan duduk di sini sayang).”

            Alisia Rayyan mengucapkan terima kasih pada Dwen Zaff yang terpinga-pinga melihatkan drama yang berlaku di antara tiga manusia dewasa ini. Dwen menghampiri Brian Zaff dan membisikkan sesuatu, mahu keluar sebentar dari menyaksikan pertemuan yang ternyata agak panas di ruang Wad Kenanga itu.

            “Alisia, balik nanti saya hantarkan.”
            “Tak perlu Danish. Saya bawa kereta sendiri.”

            “Su rodilla está lesionado. ¿Por qué tan obstinada? (Lutut awak cedera. Kenapa degil sangat?)”
            “Todo depende de mí. No es asunto tuyo sangrienta de todos modos. (Ikut suka saya. Tidak ada kena mengena dengan awak.)”

            Danish Aryan menarik nafas panjang, mengeluh melihatkan Alisia Rayyan yang ternyata masih degil dan keras kepala seperti dahulu. Teringat pertemuan mereka di sekolah tempat Alisia bertugas tempoh hari. Gadis itu tidak setegar hari ini. Pasti ada kaitan dengan lelaki Serani yang terbaring lesu dengan balutan di kaki. Danish merenung muka Brian Zaff Chia Hau yang kini baru disedarinya sedang asyik merenung muka Alisia Rayyan. Tangan lelaki itu bergerak perlahan mahu menyentuh Alisia, tetapi Danish bertindak pantas.

            “Brian Zaff, awak masih lemah, jangan banyak bergerak.”
            “Ya doktor. Terima kasih.”

            Chia Hau mengeluh sambil menarik kembali tangan yang sudah terjulur keluar sebentar tadi. Entah mengapa, rasa sakit hati meluap dengan kehadiran  doktor muda yang bermata biru kristal jernih itu. Geram menular di dalam hatinya melihatkan doktor itu yang ternyata mahu menguasai suasana. Ah, hospital ini gelanggang miliknya. Sabarlah hati, gadis itu pernah berkongsi jauh dalam melakar ceritera remaja.

            “Chia Hau.”
            “Ya, Alisia querida”

            “Macam mana boleh jadi macam ini?”
            “Ingat mahu menghabiskan hujung minggu dan cuti berbaki dengan Dwen. Mungkin sebab dah lama meninggalkan tarian gelanggang, saya tersilap langkah”

            “Aduhai, bagaimana dengan reaksi Dwen?”
            “Dia buat rawatan awal. Terima kasih pada awak yang mengajar tentang R.I.C.E di dalam kelas bola keranjang awak”

            “Itu apa yang Cikgu Ghazali wariskan pada kita. Pengetahuan penting yang perlu untuk ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Lebih-lebih lagi buat pemain bola keranjang macam kita”

            Danish Aryan hanya merenung pilu perbualan dua manusia di hadapannya. Pantas tangan mengambil papan catatan kesihatan milik lelaki itu dan membuat pemeriksaan ringkas ke atas data yang dicatatkan. Perbualan yang berlangsung didengari sambil tertawa halus bagi membuang rasa pilu. 

            “Kenapa ketawa Danish?”
            “Awak asyik cakap pasal R.I.C.E. Alisia. Awak tahu atau tidak apa itu R.I.C.E.?”

            “Sudah tentu saya tahu walaupun saya bukan seorang doktor. R untuk Rest, rehat.  Biasanya setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pengaliran darah meningkat dan berterusan kalau sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera. Pasti ini memburukkan lagi kecederaan.”
            “Wah, hebat awak Alisia sayang. Apa pula untuk I, C, E?”

            “I untuk Ice, air batu senang kata. Ais mesti dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Macam kes Chia Hau, kecederaan yang dialami tidak melibatkan luka terbuka. Jadi, sesuai diberi rawatan ini.”
            “Benar kata kamu. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’. Ia bakal mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Tambahan pula, demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.”

            “Wah! Sudah macam kelas di sini ya? Saya pun mahu menyampuk juga walaupun sakit. C untuk Compression. Itu yang dibuat oleh Dwen pada saya. Cermat sungguh dia membalut buku lali saya. Nasib baik, maka saya dapat mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Kalau tidak, pasti meraung kalau tiba di hospital hari itu.”

            Gelak ketawa bergema di dalam bilik empat persegi itu. Alisia tersenyum nipis. Dua lelaki yang sebentar tadi macam seteru sudah boleh berbual dan bergelak mesra. Betapa sukan ternyata dapat merapatkan manusia tidak kira agama ataupun bangsa. Cubitan di lengan kiri membuatkan Alisia tersentak. Chia Hau tersengih memerhatikan wajah gadis yang terperanjat itu.

            “Jadi cikgu, apa pula untuk E? Belum habis penerangan awak tadi.”
            “E untuk elevation. Meninggikan bahagian yang cedera akan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Kalau tidak melakukan begini, pasti kecederaan akan bertambah teruk akibat pengaliran darah yang bertambah.”

            “Bagus betul kamu Alisia. Memang guru bola keranjang yang hampir sempurna pengetahuannya”
            “Ah, terima kasih atas pujian kamu. Itu semua penghargaan buat Cikgu Ghazali yang berhempas pulas menghambat kita di dalam gelanggang hijau dahulu.”

            Pantas Chia Hau mencubit pipi gebu milik gadis itu. Mencerlung matanya melihatkan tindakan lelaki itu yang ketawa kecil memerhatikan pipi yang merah. Ah, kecantikan semulajadi tanpa perlu solekan tebal seperti mana-mana wanita yang pernah mendampingi. Jari mahu menguis lagi wajah itu, tapi gadis itu berpaling menjauh. Chia Hau hanya tersenyum dan duduk bersandar.

            “Berapa lama ambil masa untuk pulih ni?”
            “Bergantung pada Encik Brian Zaff. Kalau banyak berehat pasti akan pulih dengan cepat dan boleh kembali bekerja seperti biasa. Tidaklah ketua akan marah”

            “Saya punyai gimnasium sendiri doktor. Saya pemiliknya, maka yang saya takut pelanggan yang lari. Nasib baik ada pekerja-pekerja yang saya percaya untuk menjaganya”
            “Bagus betul.”

            Alisia memerhatikan jam tangan Polo di tangan kiri. Ah, pantas masa berlalu. Waktu untuk pulang sebelum ibunda di rumah mengamuk akibat kelewatan anak gadisnya itu. Bangun dari kerusi dan mengemaskan lipatan baju sebelum berpaling menghadap Chia Hau yang sedang tersandar memerhatikan dia. Lelaki itu masih kekal tampan dengan cermin mata berbingkai hitam miliknya. 

            “Chia Hau, saya mahu pulang dulu. Awak jaga diri elok-elok ya?”
            “Ainda é cedo bebê. Você está indo agora? (Masih awal lagi sayang. Mahu pulang sekarang?)”

            “Eu também. Você conhece o meu direito de mãe? (Saya terpaksa. Awak kenal mak saya bagaimana kan?)”
            “Sim. A boa mãe. Enviar a minha relação com ela. (Ya. Ibu yang baik. Sampaikan salam saya pada dia)”

            “Baiklah. Jaga diri baik-baik.”

            Alisia melambaikan tangan pada Chia Hau yang tersenyum riang, berusaha bersungguh untuk menyembunyikan wajah sugul dari kelihatan di pandangan mata gadis itu. Berjalan perlahan menuju ke muka pintu sambil mengendong tas tangan merah di sisi. 

            “Alisia, awak akan jenguk saya lagi?”

Pertanyaan yang dilontarkan oleh Chia Hau membuatkan gadis itu berpaling, tersenyum dan menganggukkan kepala. Lambaian Chia Hau dibalas dan pantas dia berlalu pergi. Ada yang perlu dikejar, sementelahan pula waktu Asar semakin suntuk. Ah, Bonda pasti akan mengamuk kalau diketahui dia melambatkan solat. Papan tanda yang menunjuk arah surau semakin dihampiri. Mengerling ke arah jam, Alhamdulillah, masih sempat lagi melunaskan tanggungjawab utama sebagai seorang khalifah.

*******

Usai menunaikan solat Asar, gadis itu berteleku di atas sejadah. Mengenangkan betapa pantasnya masa berlalu, dan usia yang telah menginjak dewasa. Merindui saat memakai seragam sekolah dan bergembira bersama teman-teman menikmati usia remaja. Enggan melayan lamunan terlampau jauh akibat petang yang memasuki senja, Alisia bingkas bangun dan melipat telekung yang dipakai. Tudung disarung dan dibetulkan agar sesuai dengan wajah.

Telefon genggam yang berwarna hitam merah diperiksa. Ada beberapa pesanan ringkas yang diterima daripada Fazli Shu’bah. Ah, pasti lelaki itu sudah tidak sabar mahu mengetahui apa hasil pemeriksaan yang diterima. Alisia ketawa kecil bila mengenangkan kemungkinan lelaki itu akan menjerit terkejut kalau dikhabarkan apa yang terjadi hari ini di rumah sakit yang dijaga oleh pasukan palang merah.

“Alisia, mana kau? Cepat beritahu aku apa yang jadi”

“Alisia, kalau dah pulang, sila beritahu”

“Alisia yang busuk, cepat balik budak! Banyak buku sedang menunggu untuk ditanda! Nanti aku beritahu pengetua yang kau pemalas”

Alisia ketawa kecil membawa antara pesanan yang diterima. Ah, lelaki itu memang gila. Ada sahaja caranya untuk membuat dia mengukirkan senyum ceria walaupun badan sudah keletihan tanpa tong tenaga. Pintu surau dikuat perlahan dan kasut tinggi Vincci disarung ke kaki yang ditutupi sarung kaki hitam.

Cuitan dari belakang buat gadis itu menoleh. Sengihan lebar Doktor Danish Aryan membuatkan gadis itu tersenyum juga. Ah, geli hati tengok muka kacak yang kelihatan seperti badut nakal dengan bola merah terlekat di hidung mancung.

“Awak kenapa Danish?”
“Sengaja. Saya bosan, lagipun waktu kerja saya sudah tamat. Sudah mahu pulang Alisia?”

“Ya, tinggal dulu ya?”
“Saya hantar awak pulang ke kereta ya?”

“Baiklah.”

            Danish Aryan tersenyum melihat gadis itu mahu jalan beriringan dengan dia. Ah, wajah kesayangan yang sentiasa menjadi pujaan hati ketika di zaman sekolah. Melihatkan gadis itu menyarungkan warna magnolia di tubuhnya, terasa mahu makan manisan berwarna merah jambu pula. 

Sedang jalan beriringan dengan gadis itu, ada satu buku nota terjatuh ke bawah. Pantas Danish Aryan mengangkatnya. Sehelai kertas terjatuh dan matanya tertancap pada satu puisi yang dikarang oleh gadis muda itu yang bertajuk Manisan Merah Jambu Buat Nakama. 

“Alisia, untuk siapa puisi ini?”
“Pang!”


(bersambung)

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas