Sunday, November 25, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 11

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/25/2012 10:57:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.


Chia Hau tersenyum lebar. Kata-kata Amir Aizuddin sebentar tadi sudah disapu menjauh oleh rasa yang muncul di dalam hati. Ah, persetankan gurauan nakal Amir Aizuddin kerana hakikatnya ada ruang yang mula terbuka untuk dirinya tanpa disangka. Ah, manusia beku itu mahu sembunyikan rahsia? Lakaran indah yang terhampar di depan mata itu bagaikan petanda terhijabnya sebuah rahsia.

            “Ali!”

            Jeritan kuat yang bergema tiba-tiba menggemparkan bilik rawatan yang tadi dibingitkan oleh celoteh Alisia mengenai pelan strategik mengenai perlawanan seterusnya bersama Ahmad Aryan. Husairi Haiqal masuk dengan muka pucat dan menggelabah.

            “Ali!”
            “Kenapa Husairi?”

            “Ada hal sedikit di kelas. Kau kena ikut aku sekarang”
            “Ada apa?”

            “Jangan banyak tanya, ikut saja aku!”

            Tangan Alisia direnggut pergi oleh Husairi yang entah kenapa bagai dikejar oleh jembalang. Chia Hau bangun dan cuba mendapatkan Alisia tetapi dihalang oleh Ahmad Aryan. Chia Hau pandang muka Ahmad Aryan, pelik dengan tingkah laku kapten pasukan bola keranjang bawah lapan belas itu. Ahmad Aryan mengisyaratkan Chia Hau duduk, dan menggelengkan kepala bila dia membentak mahu mengejar Alisia.

            “Kenapa halang saya bang Ahmad?”
            “Itu bukan urusan awak untuk mendapatkan Alisia, percayalah”

            “Mana awak tahu bang? She might need me there.”
            “Why you say so? You know her well? Or it’s just your prediction? Sit down Chia Hau, please”

            Mahu tidak mahu Chia Hau duduk menghadap Ahmad Aryan yang kelihatan serius. Apa sahaja lelaki itu? Apa dia mahu menyatakan gadis itu milik adiknya, Danish Aryan yang Chia Hau sendiri tidak pernah temui? Geram disimpan di dalam hati, mendongkol penuh taat hanya kerana Ahmad Aryan lebih tua.

            “Awak belum kenal Alisia lagi Chia Hau. Alisia yang awak kenal di gelanggang tidak sama macam di luar”
            “Apa maksud kamu bang?”

            “Kalau yang datang mendapatkannya Husairi Haiqal, kamu pasti tidak akan sanggup lihat apa yang berlaku seterusnya. Terlalu pedih kalau kamu rasakan Alisia itu lebih dari sekadar rakan menari di gelanggang”
            “Saya tak faham apa kata kamu. Eu não posso compreendê-lo. (Saya betul-betul tidak faham). Alisia itu kan rakan latihan sukan kita bersama?”

            “Dari renungan awak, tindak balas sebentar tadi, abang dapat lihat apa yang kamu sebenarnya rasa. Tak payah tipu abang, Chia Hau”
            “Mana ada bang, perasaan abang sahaja”

            “Itu juga yang abang pernah lihat pada adik abang sendiri. Danish Aryan pernah begini juga dulu. Penangan si gadis kasar Alisia ini hebat kan? Awak sukakan dia?”

            Chia Hau tersentak. Begitu sekali Ahmad Aryan melihat dia. Patutlah Ahmad Aryan dipilih sebagai Ketua Pelajar sekolah. Hubungan baik dia yang mesra dengan semua orang menjadikan sesiapa sahaja terpesona. Chia Hau pandang Ahmad Aryan yang tersenyum mesra kepada dia. Malu terselinap dalam hati. Perasaan yang disimpan dapat dihidu oleh lelaki ini, bahkan berani menyatakan demikian di depan mukanya. 

            “Sekarang ini awak tunggu sahaja di sini. Teman abang. Alisia akan kembali sekejap lagi, kalau tidak sesempurna macam dia berlari keluar tadi, itu maknanya dia sedang bertarung demi jiwa dia”

            Chia Hau duduk termenung melihat Ahmad Aryan yang mula lelap di tepi katil. Jam dirasakan begitu menyeksa hatinya. Mengapa begitu lambat sekali Alisia pulang ke sini, entah apa yang berlaku antara dia dan Husairi Haiqal? Oh meu Deus! O que aconteceu com Alisia? Rezo para que ela vai voltar aqui o mais breve possível. Eu preciso dela, eu quero abraçá-la. Por favor, meu Deus. (Oh Tuhanku! Apa yang terjadi pada Alisia? Aku berdoa agar dia kembali ke sini secepat mungkin. Aku perlukan dia, aku mahu peluk dia. Oh Tuhanku!)

            *******

            Alisia merenung meja tulisnya. Penuh kesan contengan, ayat-ayat hinaan yang dia sendiri tidak sanggup lihat. Buku-buku dia yang koyak berselerak di atas meja membuatkan dia jadi nanar seketika. Husairi Haiqal sudah berdiri di tepinya. Menunggu kalau sahabat baiknya ini mahukan dia sebagai tempat bersandar.

            “Ali, kau macam mana?”
            “Siapa yang buat ni Husairi?”

            “Aku tak pasti”
            “Jangan tipu aku Husairi! Jangan tipu!”

            Husairi Haiqal sudah dicekak di leher, tergantung di dinding. Darah Alisia sudah naik ke kepala, memuncak di otak, menutup akal fikiran waras, menghijab minda. Geram dan marah bercampur baur berkecamuk dalam diri. Siapa gerangan celaka yang melakukan sebegini rupa pada diri? Perbuatan pengecut secara langsung ke atas harta benda kepunyaannya sendiri.

            “Alisia, aku tercekik ni!”
            “Oh, maaf.”

            Tangan dilonggar dan Husairi Haiqal dilepaskan. Terbatuk dan tersedak-sedak mengah lelaki itu menghela nafas, mencari kudrat semula. Gadis ini memang tidak boleh diajak berkira bila marah. Habis segala kewarasan diri hilang sekelip mata. Gelak tawa yang disimbah di dalam bilik rawatan tadi, masih terngiang di telinga Husairi. Betapa cepatnya saat itu sirna.

            “Cakaplah Husairi. Kau mesti nampak sesuatu atau pasti ada sesiapa yang beritahu kau. Bukankah tadi kau bertugas di pintu pagar?”
            “Amran yang datang cakap dengan aku”

            “Amran? Dia kata siapa buat?”
            “Sophea dan Johaina”

            Terpempan Alisia. Apa kena dengan mereka berdua? Tidak habis-habis mahu merosakkan kebahagiaan dan kesenangan makhluk di sekeliling, macam tiada kerja lain lakunya. Sophea sudah tentu bengang dengan peristiwa tempoh hari walaupun hakikatnya Alisia membayar dengan harga yang cukup mahal. Dendam lama belum dibayar, Sophea sudah menambah piutang yang lebih hebat? Celaka perempuan itu!

            Johaina Lim, apa sahaja yang dimahukan oleh perempuan itu? Ada kena mengena dengan Chia Hau? Alisia sudah tidak amhu fikir apa-apa. Mahu lari dari situ. Buku-buku yang bertaburan di meja serta bersepah di atas lantai hanya menambah serabut kepala. Tunduk, pungut satu persatu. Husairi Haiqal turut mencangkung, membantu apa yang perlu. Sambil mengutip harta Alisia, dia mencuri pandang gadis yang sering membantunya dalam apa jua perkara, tidak pmengira apa juga situasi atau masa. 

            “Husairi, tolong ambilkan beg aku di bilik rawatan boleh? Aku rasa nak balik rumah sekarang”
            “Baik. Apa lagi yang kau nak pesan?”

            “Buku-buku aku atas meja bilik rawatan, tolong masukkan sekali dalam beg. Tak payah susun, sumbat sahaja. Aku tunggu di bangsal basikal. Kalau aku lambat, kau letak sahaja beg aku di tepi basikal biru”
            “Baik Ali, nanti aku datang balik.”

            “Terima kasih Husairi”
            “Kejap lagi aku datang semula. Kau nak tinggal sini sendirian sahaja?”

            “Aku nak kemas sedikit barang aku. Malas nanti orang fikir apa pula kalau nampak bersepah, berterabur esok. Kau jalan sahaja dulu, nanti aku ada.”

            Husairi Haiqal berlalu pergi. Dia menoleh ke belakang dan lihat gadis itu mencangkung sambil mengesat air mata. Ah gadis, ini kali kedua Husairi lihat Alisia mengalirkan air mata. Kali pertama bila Danish Aryan hilang entah ke mana. Sampai sekarang, kalau hal Danish dibangkitkan, pasti Alisia memalingkan wajah dan ukir senyuman pura-pura.

*******

            “Husairi, mana Alisia?”
            “Ada di kelas. Aku datang nak ambil beg dia.”

            “Apa jadi tadi?”
            “Tiada apa-apa. Aku nak kumpul barang-barang dia sekejap. Lepas ini dia nak balik rumah, dah ada di bangsal basikal agaknya sekarang”

            “Oh, baiklah. Nak aku tolong?”
            “Tak mengapa. Ali nak aku buat”

            Ahmad Aryan sudah terjaga dari lena. Dia tersenyum melihat Husairi Haiqal yang melambai tangan padanya. Di hujung birai katil, Chia Hau sudah terpahat wajah risau yang bukan dibuat-buat. Lelaki Serani yang merupakan kapten bola keranjang bawah lima belas itu pasti sudah merasakan penangan kasih mesra Alisia Rayyan walaupun di luarnya kasar dan ganas. Ah, harfiah gadis itu selalu dibayangi dengan unsur menakutkan. Ahmad Aryan teringat adiknya yang kini jauh dari keluarga, ah, Danish, kalaulah kamu boleh lihat Alisia sekarang.

            “Husairi, biar aku hantar beg pada Alisia. Kau tolong teman Abang Ahmad”
            “Tapi, nanti Alisia marah aku beb”

            “It’s okay. Nanti aku terangkan pada dia. Dia terus pergi ke bangsal basikal?”
            ‘Ya, ini barang dia”

            “Terima kasih Husairi”

            Chia Hau capai beg yang dihulurkan oleh Husairi Haiqal, lantas berlari keluar sambil menyandang begnya sendiri di belakang. Ahmad Aryan dan Husairi Haiqal saling berpandangan dan tersenyum. 

            “Alisia memang hebat kan bang?”
            “Terlampau hebat. Cuma kamu sahaja yang bertahan Husairi”

            “Sebab dia sahabat saya sampai mati”
            “Benar kata kamu.”

            *******

            Chia Hau menuju ke bangsal basikal dengan pantas. Gadis itu pasti sedang berkecamuk pemikirannya. Buku berbentuk tulang terbayang di benak minda. Entah mengapa, kasih sayang pada gadis itu meluap secara tiba-tiba. Sudahlah cedera, ada sahaja bencana, satu demi satu melanda.

            “Alisia querida”

            Alisia jelas benar pemilik suara itu, lantas mengangkat muka. Mengapa Chia Hau pula yang datang? Mana Husairi Haiqal?

            “Alisia, ini beg awak. Saya suruh Husairi jaga abang Ahmad. Jangan risau”
            “Hmm...”

            “Alisia, apa yang terjadi? Deixe-me saber de mel (Beritahu saya sayang)”
            “Tiada apa-apa. Saya nak balik. Jumpa awak lagi kalau ada masa. Selamat tinggal Chia Hau”

            “Alisia, tunggu! Saya hantar awak pulang.”
            “Saya sihat, saya boleh kayuh basikal sendiri. Awak pulang sahaja ke rumah.”

            “Alisia, awak janga degil!”
            “Awak lagi degil!”

            Chia Hau menolak basikal Alisia keluar dari bangsal. Pantas Alisia menghalang laluan dengan menghadang tangannya. Chia Hau menolak Alisia ke tepi dan menarik lengan gadis itu.

            “Naik!”
            “Tak nak!”

            Não me irrita! (Jangan buat saya marah!) Naik cepat!”
            “Saya tak nak, ke tepi Chia Hau!”

            “Kalau awak tak nak naik, saya ambil basikal awak. Biar awak balik jalan kaki, padan muka.”
            “Peduli apa saya kan? Lepaskan tangan saya!”

            Gadis itu menyentak lengannya dari pegangan Chia Hau. Alisia merampas beg sekolahnya daripada jejaka itu dan berlalu pergi. Dia berlari anak ke pagar kecil merah, menuju ke luar sekolah. Chia Hau mendengus perlahan, dasar degil anak gadis itu! Chia Hau menghentak kaki ke simen bangsal, gadis itu perlu diajar sekali sekala.

            Dia berlari mengejar gadis itu sebelum berpaling dan ketawa kecil, apa guna basikal biru yang tersadai di tepi kalau tidak digunakan? Basikal dicapai dan dia pantas mengayuh ke arah gadis yang sedang berjalan tanpa menghiraukan mentari yang memancar terik.

            “Kring! Kring! Kring! Kring!”

            Alisia mengeluh. Lelaki ini begitu degil. Sentiasa mahu menyemak di dalam lipatan kamus hidupnya. Begitu kuat semangat dan menyebabkan dia teringat pada sang lelaki bermata biru. Danish Aryan, adakah ini isyarat yang Tuhan kirimkan untuk aku cuba melenyapkan kehadiran kau dalam hidup aku?

            “Alisia, awak nak tahu sesuatu?”
            “Apa dia?”

            “Makan coklat boleh menggembirakan hati yang marah.”
            “Oh, ya ke? Saya lagi suka makan aiskrim”

            “Coklat sangat sedap. Lebih-lebih lagi coklat Cadbury atau Van Houten”
            “Ya, memang sedap. Awak dah jadi pakar pemakanan pula sekarang?”

            “Nak tahu apa yang menjadikan coklat begitu sedap dimakan sejak kebelakangan ini?”
            “Entah, banyak perasa baru agaknya”

            “Salah, tapi makan coklat sambil membaca kad kecil berenda biru, tulisan tangan penolong kapten pasukan bola keranjang sekolah”

            Alisia terpempan. Langkah terhenti dan bunyi brek basikal kedengaran di belakang. Alisia berpaling, menarik muka masam. Chia Hau menyeringai, menampakkan barisan gigi yang putih berseri. Wajah gadis itu direnung lembut. Mengapa wajah bengis itu yang berkocak kolam hatinya yang kurang kasih sayang? 

            “Terima kasih Alisia”
            “Untuk apa?”

            “Sebab sudi juga tengok muka saya”
            “Mengarut”

            Chia Hau ketawa perlahan. Dia turun dari basikal dan menghampiri gadis itu. Betapa dia menyedari jurang yang merentangi mereka terlampau luas. Agama, kepercayaan, pandangan masyarakat serta umur, tidak akan memungkinkan akal waras mereka berdua menyimpul rasa secara terang-terangan. Alisia sendiri terlampau perahsia – hampir sahaja memakan dirinya sendiri tanpa disedari. Chia Hau pasti, Alisia tidak akan meluahkan apa yang dia rasakan walaupun nyawanya menjadi taruhan. Gadis kental itu, alahai!

            “Kenapa awak tenung muka saya tak sudah-sudah?”
            “Saya nak tengok kalau ada kesan cedera. Kali terakhir awak begitu marah, pasti pergaduhan sudah tercetus walaupun pemenangnya bukan sesuatu yang saya ambil kisah.”

            “Kalau ikutkan hati marah, pasti awak dah jumpa saya bergari tangan, muka dilumuri darah.”
            “Masih puitis walaupun sedang marah?”

            “Kalau tidak begini, pasti saya sudah separuh gila. Nanti habis awak kena lanyak.”
            “Silakan kalau mahu pukul, biar awak betul-betul dikatakan gila.”

            “Geramnya!”

            Alisia sudah mengangkat tangan mahu melampiaskan kemarahan yang berganda ke arah Chia Hau. Sakitnya hati melihat senyum sinis di muka Chia Hau yang seperti mengejeknya. Entah bagaimana, boleh tergelincir dan menghempap Chia Hau. Dia mengaduh kesakitan walaupun hakikatnya Chia Hau pasti lebih sengsara. Tangan yang mahu menjamah ganas wajah lelaki itu terhenti, dan pantas lelaki itu merangkul erat pinggangnya.

            “Alisia, kalau awak nak jadi gila, sila gilakan saya. Boleh?”



(bersambung)

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas