Sunday, November 25, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 10

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/25/2012 10:49:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.


Rangkulan Chia Hau cuba ditolak oleh Alisia. Malu jika dilihat begini. Di kawasan bilik persalinan pemain pula itu. Boleh menjadi bahan dan sumber fitnah yang bukan sedikit. Lihat keadaan lantai yang berselerak dan tangan yang bengkak, Alisia mengukir senyuman puas yang bukan kepalang. Syahmi Hanis, jangan pernah menganggap semua perempuan adalah jalang.

            “Alisia, saya nak cakap sikit”

            Bisikan lembut itu mematikan khayalan gadis itu. Dia menanti dengan penuh debar, adakah maksud terselindung di sebalik perbuatan lelaki itu yang sentiasa membuat sesuatu di luar jangkaan.

            “Apa dia Chia Hau?”
            “Tadi awak bergaduh dengan Syahmi kan?”

            “Ya.”
            “Seluar awak terkoyak di belakang”

            Darah tersirap ke muka Alisia. Pantas dia menujah Chia Hau ke belakang dan berpaling melihat sendiri apakah yang dikatakan oleh lelaki itu benar atau tidak. Ya ampun! Memang benar seluar sukan yang dipakai tetas sedikit di belakang. Nasib baik baju yang dimasukkan ke dalam seluar menjadi penghalang daripada kelihatannya kepingan segi tiga seluar dalam dari menjadi tontonan mata nakal alam.

            “Awak ni! Keluar. Saya nak tukar baju terus. Aduhai, malunya!”
            É querida, tudo bem. Ninguém pode vê-lo realmente, só eu. (Tak mengapa sayang. Tiada orang lain yang lihat, hanya saya). Jangan takutlah Alisia. Bukan saya cerita pada orang lain pun”

            “Apa yang awak merepek cakap Portugis tu? Saya tak faham. Jadi, sila keluar Chia Hau. Awak pun kena salin pakaian, sekejap lagi perlawanan bermula”

            Chia Hau hanya memerhatikan gadis itu kelam kabut masuk ke bilik persalinan wanita. Kalaulah gadis itu memahami setiap bait yang dia tuturkan. Dia sendiri berpaling dan masuk ke dalam bilik persalinan lelaki dan menukar pakaian. Jersi bernombor 7 disarung ke badan. Nombor yang sama dengan Alisia. Dia tersenyum gembira bila mengingatkan betapa susahnya mahu memujuk Cikgu Ghazali demi nombor keramat itu.

            Sorakan kuat dari dewan menyedarkan Chia Hau perlawanan pembukaan akan memulakan tirai. Perlawanan pertama untuk musim ini di sekolah dan dia adalah pemain pertama yang akan memasuki gelanggang. Berjalan keluar dan menemui pasukannya yang sedang mendengar taklimat akhir daripada Cikgu Ghazali.

            “Chia Hau, kenapa muka awak?”
            Nada treinador. É apenas um pequeno acidente. Meu erro de qualquer maneira. Eu posso jogar hoje, não se preocupe. (Tiada apa-apa jurulatih. Kemalangan kecil sahaja, salah sendiri. Saya boleh bermain hari ini, jangan risau)”

            Eu só espero que você possa jogar. Este é o seu primeiro jogo. Eu sei que você pode fazê-lo. (Saya amat berharap awak boleh bermain. Ini perlawanan pertama. Saya tahu awak boleh).”
            “Baik Cikgu Ghazali.”

            Mendengar titipan akhir dari Cikgu Ghazali, mata Chia Hau melilau mencari kelibat Alisia. Apa jadi dengan gadis itu yang tadi bermuka merah akibat marah dan malu bercampur baur. Arahan dari Cikgu Ghazali untuk memasuki gelanggang mematikan lamunan liar Chia Hau. Entah mengapa, hatinya gusar untuk melangkah ke lantai hijau itu.

            “Boa sorte Chia Hau meu caro! (Semoga berjaya Chia Hau!)

            Jeritan dari belakang – suara yang disayangi oleh Chia Hau buatkan dia melangkah tegar masuk ke gelanggang. Suara gadis yang sentiasa yang membakar semangat dia mahu memberikan yang terbaik – terbang bebas di dalam gelanggang. Lambungan syiling menari dan tiupan wisel menandakan sayap mula berkembang dan masa untuk beraksi!

            “Bang! Oh bang!”

            Kenangan lapan tahun lepas direntap oleh panggilan Dwen Zaff. Apa sahaja budak ini mahu lagi. Baru sahaja mahu mengulit memori indah bersama Alisia yang baru ditemui semula petang tadi. Bila agaknya dapat bertemu lagi agaknya.

            “Bang, você está me ouvindo? Quero te perguntar uma coisa. (Bang, dengar tak? Saya mahu tanya sesuatu)”
            O que você quer Dwen? (Apa kamu mahu Dwen?)”

            “Ini gambar kad apa ni bang? Siap letak pembalut coklat lagi dalam album ini. Memang pelik abang ni”
            “Entah, abang pun tak tahu siapa yang beri. Dapat masa belajar dulu. Eh, tak sekolah ke esok? Pergi tidur. Nanti bangun lambat, kena tinggal dengan bas, jangan suruh abang hantar tahu?”

            “Ya, baiklah bang. Boa noite irmão.”
            Boa noite!”

            Cahaya rembulan yang menyinari tingkap berlangsir hijau membuatkan Brian Zaff Chia Hau teringatkan apa yang ditanya oleh Dwen. Dia ketawa kecil dengan jawapannya sendiri. Benda itu memang misteri, tetapi rahsia telah terbongkar akibat kecuaian pengirimnya sendiri.

*******

            “Dwen!”

            Jeritan kuat dari hujung gelanggang membuatkan Dwen tersentak. Anak kacukan Serani itu kelihatan mamai dan bercelaru. Kali pertama Alisia melihat pemain tengahnya itu mengantuk dan tidak memberikan sepenuh perhatian di dalam latihan. Danell Hafiz yang kebetulan duduk di tepi Dwen Zaff menggoncang tubuh rakannya itu.

            “Dwen, stand up!”
            “Why Miss Rayyan?”

            “You looked so sleepy. What happened?”
            “Will tell you later Miss. Excuse me, may I go to toilet? I need to wash my face. Sorry Miss Rayyan. “

            Alisia hanya merenung Dwen Zaff melangkah meninggalkan gelanggang. Langkah yang cukup teratur ibarat model itu sungguh membuatkan dia teringat betapa Chia Hau juga seorang yang cukup tegar di dalam gelanggang. Bahasa tubuhnya jelas dan pergerakan cukup pantas. Betapa anak-anak Serani ini banyak membantu menjaring gol berhampiran gelanggang. Malahan, hanya dengan kelibat mereka, sudah cukup membuatkan pihak lawan sukar melakukan jaringan berhampiran keranjang.

            “Hafiz, kenapa dengan Dwen tu?”
            “Tak tahulah cikgu. Macam mengantuk sangat. Belajar sampai larut malam agaknya”

            “Awak macam mana? Dah serasi jadi pengawal?”
            “Jadi ‘off guard’ kena rancang serangan. Itu yang payah sedikit bila nak jaringkan dari jarak jauh. Nasib baik ada Ady dan Andrew yang bantu saya”.

            “Danell Hafiz, awak baik dalam mengelek dinamik. Cara awak lindung bola dengan tangan bebas dan memandang mata pihak lawan serta rakan sepasukan sewaktu bergerak memang buatkan cikgu suka untuk leatk awak sebagai pengawal”
            “Terima kasih cikgu. Eh, saya nak pergi minum sekejap boleh cikgu?”

            Danell Hafiz ketawa kecil. Alisia geleng kepala. Anak-anak ini memang rajin datang latihan, tapi kalau diberi rehat pasti akan mengambil masa yang lama untuk kembali semula ke gelanggang. Disebabkan mereka jenis yang komited, maka aku benarkan sahaja mereka berlatih sendirian atau duduk merancang strategi pasukan bersama aku.

            “Cikgu Rayyan, abang sampaikan salam”

            Suara yang mersik di belakang membuatkan aku berpaling. Dwen Zaff melunjurkan kaki di tepi aku. Gaya rambut berjuntainya sering aku tegur. Sudah berapa kali dibilang supaya digunting, dia masih berlengah-lengah lagi. Kalau sahaja Cikgu Malek ternampak, habis ditokel kepala itu nanti. Biar padan muka, nakal dan degil anak itu, getusku dalam hati.

            “Eceh, entah bila abang awak sampaikan salam. Kenapa awak nampak lemah sangat hari ini Dwen?”
            “Malam tadi saya tidur lewat. Kali pertama abang beri kebenaran saya lihat album gambar dia sewaktu di sekolah dulu.”

            “Oh, ye ke? Ada gambar menarik?”
            “Saya ada lihat gambar cikgu yang bengkak muka. Bila tanya abang, dia senyum sahaja, katanya rahsia”

            “Gambar muka saya bengkak? Abang awak kata apa?”
            “Dia kata gambar itu gambar perlawanan pembukaan. Cikgu Rayyan, cikgu langsung tidak berubah kan?”

            “Maksud awak?”
            “Wajah cikgu masih sama macam lapan tahun yang lepas. Sebab itu abang masih kenal cikgu agaknya”

            “Kami pernah berkongsi gelanggang yang sama, pasti saya kenal benar dengan hati budinya dan sebaliknya. Permainan yang kita main setakat ini hebat bukan? Contohnya, sekilas larian Vinod, Ady atau Andrew, awak sudah dapat mengagak ke mana mereka akan pergi dan merasai setiap gerak geri Danell Hafiz yang akan mencuri peluang dari belakang.”

            Dwen merenung gelanggang hijau. Sudah hampir tiga tahun masanya dihabiskan di gelanggang itu. Cikgu yang mesra disebelahnya ini banyak membantu meningkatkan kemahiran serta keyakinan diri dalam beraksi hebat dan digeruni oleh lawan. Benar kata Cikgu Alisia Rayyan, dia lebih kenal manusia dan hati budi teman-teman dalam menebarkan sayap di gelanggang hijau berkilat itu. Tuntas mencari puncak kejayaan teragung.

            “Cuma yang saya rasa kelakar sangat kan cikgu, abang saya ada letak kad ucapan kecil dan pembalut coklat dalam album dia. Bila saya tanya, dia kat pengirim misteri masa dia sekolah dulu.”

            Alisia tersentak dan merenung wajah Dwen. Apakah benar apa yang dituturkan oleh pelajarnya itu? Adakah pembalut coklat itu titipan yang pernah dihantar pada jejaka itu suatu ketika dulu. Penjelasan perlu dikorek pada pemain tengah didiknya ini.

            “Pembalut coklat apa?”
            “Cadbury dan Van Houten. Kad kecil berenda biru dan ada logo pasukan bola keranjang bersilang dengan bulan sabit merah”

            Tersirap darah ke muka Alisia. Untuk apa Chia Hau menyimpan itu semua? Kenangan beku masa remaja yang gila dengan bayangan sendiri. Mimpi yang disulam terhenti oleh noktah yang ditunjangkan kepada akademik dan silangan umur akibat langkauan dirinya yang laju setahun dari mereka yang lain. Deruan kipas yang nyaman di tepi dinding membuatkan Alisia hanyut dalam lamunan silam.

            “Alisia querida, awak buat apa di dalam bilik rawatan?”
            “Macam biasa, uruskan apa yang patut. Cikgu Huzaifah Asmara memang tegas hal begini. Lagipun, bila sukan dan permainan bermula, semua orang pun suka sangat dapatkan apa sahaja ubatan daripada bilik rawatan. Saya perlu kira dan dapatkan apa yang perlu.”

            “Oh, saya pun ahli juga”
            “Saya tahu. Saya akan kemaskini setiap bulan nama ahli. Manalah tahu ada yang lari ke unit seragam lain. Manusia kan cepat berubah?”

            Chia Hau ketawa kecil. Alisia ini kalau sudah berfalsafah, memang tidak akan berhenti selagi maksud yang mahu disampaikan tidak diterjemah oleh minda orang lain. Patutlah Cikgu Rohaya geram yang amat bila gadis itu menolak untuk menjadi barisan ahli debat sekolah. Gadis itu menghadapi minggu yang sukar, kecederaan di pergelangan tangan membuatkan dia direhatkan hampir sepanjang minggu. Maka, mengasingkan diri adalah perkara yang gadis itu lakukan sepanjang dia menanggung kesakitan sendirian. 

            “Awak tahu, saya ada dapat kuih bulan dan dihiasi oleh kad kecil berenda biru”
            ‘Oh, ya ke? Awak memang ramai peminat lepas menang perlawanan pembukaan”

            “Dan sangat mengejutkan, awak tahu apa yang dilukis di dalam kad itu?”
            “Apa dia?”

            “Gambar bola keranjang dan bulan sabit merah. Você tem alguma idéia de quem fez isso querida? (Awak tahu siapa yang buat itu?)”
            “Bahasa Portugis lagi?”

            “Oh, maaf. Saya tanya, awak tahu siapa yang buat? Hantar itu pada saya?”
            “Mengapa saya perlu tahu? Lagipun, Persatuan Bahasa Cina yang buat jualan kan? Mungkin daripada Johaina?”

            “Johaina memang ada beri saya juga, cuma yang ini tiada nama. Macam coklat yang saya dapat dalam beg hari itu. Kad yang sama coraknya.”
            “Saya bukan penyiasat. Makan sahaja, kecuali awak rasa ada racun dalam tu.”

            ‘Entahlah. Saya makan yang Johaina beri dulu lah”

            Alisia mengerutkan wajah. Johaina juga ada beri sesuatu kepada lelaki itu? Ah, gadis berambut perang semulajadi itu memang sentiasa mencari jalan untuk mendekati Chia Hau. Siapa yang tidak sukakan Chia Hau? Pelajar yang baik dan lain daripada yang lain. Jika lelaki lain gemar menghabiskan masa dengan makan dan berbual di kantin, dia akan duduk di ceruk perpustakaan dan membaca buku sendirian.

            “Tangan awak dah sihat, Alisia?”
            ‘Saya dah pergi berurut semalam. Mungkin minggu depan saya boleh turun bermain semula. Tengok macam mana keadaan saya nanti”

            Alisia duduk membelakangkan Chia Hau. Gadis itu enggan mahu mengendahkan lelaki itu buat sementara ini. Perasaannya agak terhiris dengan kenyataan bersahaja bahawa lelaki itu menerima titipan daripada Johaina, ratu sukan menengah rendah. Malahan, siap menyatakan dia mahu menikmati apa yang diberikan oleh gadis itu.

            Adeus querida (Selamat tinggal sayang)”
            “Adeus Chia Hau”

            Chia Hau keluar dari bilik rawatan. Rawan hatinya melihatkan gadis itu bagaikan tidak mempunyai perasaan, sedangkan Alisia sedang memendam jiwa. Betapa dia bersusah payah menyediakan kad kecil itu dan bekerjasama dengan Eileen untuk menyelitkannya di kuih bulan milik lelaki itu. Ah, coklat itu juga sama. Mungkin sebab terlampau kasar sebelum ini, Alisia tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan kasih sayang pada Chia Hau yang mula mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Danish Aryan.

            “Alisia, awak marah saya?”

            Entah bila Chia Hau muncul kembali di bilik rawatan. Dia bersandar di pintu dan wajah kacukan itu disinari cahaya mentari yang melimpah dari luar. Rambut kelihatan keperangan – biasan matahari pagi. Cermin mata yang terletak di atas hidung mancung itu menggelongsor sedikit akibat lelaki itu tunduk merenung lantai.

            “Untuk apa saya marah?”
            “Mungkin awak cemburu dengan Johaina”

            “Saya cemburu? Lawak apa yang awak cuba sampaikan ini?”
            “Entahlah Alisia. Eu te amo tanto! Eu te amo querida! Porque você não pode me entender? É tão difícil deixá-lo ir? ( Saya cintakan awak sangat-sangat! Saya cintakan awak sayang! Mengapa susah sangat untuk awak memahami saya? Susah sangat ke melepaskan dia pergi?)”

            “Sekarang awak memang membakar darah saya. Berapa kali saya beritahu yang saya tidak memahami bahasa ibunda awak? Apa yang awak cakap?”
            “Tiada apa-apa.”

            Bunyi ketukan di pintu membuatkan Alisia dan Chia Hau berpaling. Ahmad Aryan menyeringai kesakitan dan kelihatan Amir Aizuddin yang memapahnya masuk ke situ. Pantas Alisia dan Chia Hau bergegas membantu apa yang perlu.

            “Kenapa Abang Ahmad?”
            “Macam biasa. Lupa mahu memanaskan badan, tergeliatlah jawabnya. Badan dah mula tua.”

            Ketawa berderaian antara kami. Ahmad Aryan memang terkenal dengan sikapnya yang mudah bercanda walaupun hakikatnya di dalam kesakitan yang nyata.

            “Ali, tolong tengokkan Ahmad. Aku nak sambung latihan”
            “Ya lah Amir. Latihan itu yang kau kejar. Aku kawan kau yang sakit ini kau biarkan”

            “Alahai, merajuk pula orang tua ini. Ali, kau tengok sikit abang-ipar-tak-jadi kau ni”

            Alisia tersentak dan mengerling ke belakang. Kelihatan Chia Hau sedang duduk di meja dan membelek sesuatu. Mungkin lelaki itu tidak mendengar gurauan nakal Amir Aizzuddin, moga-moga. Alisia meneruskan rawatan ringan ke atas Ahmad Aryan sambil berceloteh panjang tentang strategi yang diatur bila dia kembali ke gelanggang.

            Chia Hau membiarkan sahaja gadis itu. Dia mendengar dengan jelas apa yang dituturkan oleh Amir. Agak terhiris jiwanya, dia selak sahaja buku-buku di atas meja. Ada buku berbentuk tulang yang menarik perhatiannya. Tangan pantas mencapai dan menyelak muka surat dengan bersahaja. 

Lukisan di tengah membuatkan dia terperanjat besar dan tersenyum sendirian. Gadis, adakah kamu cuba bermain dengan mesra ataupun apa?



(bersambung)




0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas