Sunday, November 25, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 08

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/25/2012 10:34:00 PM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara. Tindakan akan diambil.


Hembusan nafas panas memenuhi muka aku. Aku renung muka Chia Hau. Mata yang sepet itu sungguh tidak padan dengan tutur kata yang banyak dipengaruhi oleh darah Serani dia. Entah bila dia terlelap di sebelah aku. Sampai mengigau pula. Aduhai. Bila orang tegur jangan berbahasa Portugis, dia ketawa dan mula bercakap guna Bahasa Melayu baku. Memang selalu buat aku ketawa bila dengar apa yang dituturkannya.

            “Chia Hau, bangun.”
            Sinto muito querida. Saya terlelap. Maaf Alisia”

            “Tak mengapa. Cuaca terik memang letih. Saya faham. Jom gerak ke dewan latihan. Saya kena uruskan latihan khas. Amir  buat aktiviti memanaskan badan.”
            “Baiklah. Saya tolong bawakan beg awak.”

            Kami berjalan beriringan ke dewan untuk memulakan sesi latihan. Cikgu Ghazali mengamanahkan aku untuk melatih pelajar baru sebagai pasukan simpanan untuk perlawanan pembukaan minggu hadapan. Kelakar lihat Chia Hau menyandang dua beg di bahunya. Bila aku cuba untuk mengambil semula beg aku, dia mengugut untuk menarik hidung aku sampai merah.

            “Saya boleh bawakan beg awak. Sebab saya  lelaki. Você é tão bonito o meu Alisia.”
            “Apa dia?”

            “Você é tão bonito o meu Alisia. Maksudnya, kamu sangat cantik Alisia.”
            “Saya cantik? Memang awak kena pakai lagi dua pasang cermin mata Chia Hau.”

            Ketawa Chia Hau mendengar apa yang aku tuturkan pada dia. Ternyata cermin mata dia sudah tebal dan kalau perlu memakai lagi dua pasang cermin mata, mungkin ianya akan menutupi terus mata sepetnya. Rambut yang berjuntaian di dahinya, entah mengapa meniup sesuatu dalam jiwa. Pantas aku halakan pandangan ke sisi, menghalau rasa yang tiba-tiba hinggap di hati.

            Usai tiba di dewan, para pelajar sedang menjalankan aktiviti memanaskan badan. Amir Aizuddin kelihatan mengetuai acara memanaskan badan sambil berceloteh dengan pelajar. Ada sahaja celoteh dia yang menambat dan mengusik pelajar-pelajar lain. Patutlah Hidayah Aina jatuh hati kepada lelaki itu. Pemain tengah pasukan bola keranjang bawah lapan belas itu banyak membantu menjaring bola berhampiran gelanggang.  Kehadirannya digeruni kerana menyukarkan pasukan lawan melakukan jaringan berhampiran keranjang.

            “Thanks for give full commitment. Please wait here pals. Alisia Rayyan will entertain you guys after this. She is a good forward player you know. Right Alisia?”
            “Oh yeah sweetheart. How dare you called me Alisia? Such a crap thingy from hot bachelor ‘Amirah’. Take five guys. Going to start practise after this”

            Chia Hau yang mendengar di tepi gelanggang sudah ketawa besar. Dia sendiri merupakan pemain hadapan atau lebih dikenali sebagai “big forward” untuk pasukan bawah lima belas. Cikgu Ghazali nampaknya sudah menyukai lelaki kacukan Cina-Serani itu. Aku yang memerhatikan lelaki itu bermain juga kagum. Dia mampu bermain dari arah kiri atau kanan gelanggang, serta menjaring dari jarak jauh. Bertindak sebagai penjaring, Chia Hau menepati pilihan Cikgu Ghazali yang mahukan pasukannya lengkap teratur sebelum perlawanan pembukaan.

            “Salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi datang petang ini. Ada beberapa kemahiran asas yang terdapat dalam bola keranjang yang perlu kamu kuasai. Antaranya menghantar, menerima, rebound, mengelecek, menghadang dan paling utama, menjaring. Sebelum saya sambung lebih lanjut, ada sesiapa yang pernah main sebelum ini? Sila angkat tangan.”

             Ada beberapa pelajar yang mengangkat tangan dan tersenyum. Aku mengira pantas. Nampak ada pelajar yang tersengih-sengih. Pelik, lantas berpusing untuk mengambil kertas di beg. Rupa-rupanya Chia Hau sedang berdiri menghulur beg hitam aku di belakang. Dia ketawa lihat muka terkejut aku.

            “Aqui está o seu saco Alisia (Ini beg awak awak Alisia). Mesti lupa mana letak kan?”
            Obrigado querido!”(Terima kasih sayang)

            “Wah! Dah pandai dah ya?”
            “Saya tiru apa yang awak selalu cakap. Jangan lupa teruskan latihan. Sila pastikan jangan cedera lagi. Your team need you”

            “You didn’t need me?”
            “If and only if I’m your teammate, I need you around. For time being, Mr. Ghazali and you team need you sweetheart.”

            Chia Hau berlalu pergi sambil ketawa kecil. Tangkas dalam beraksi membuatkan dia memang disenangi dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Langkah dia kelihatan longlai petang ini. Mungkin disebabkan berlari mengejar bas sebelum ke sekolah agaknya. Aku menoleh kembali ke arah pelajar yang sedang melongo melihat gelagat kami berdua. 

            “Jadi, hari ini kita akan belajar kemahiran menghantar. Cara kita menghantar bola adalah bergantung kepada situasi tertentu. Adakalanya awak perlu membuat hantaran paras dada, atas kepala, lantun ataupun hantar dari sisi. Yang penting adalah kelajuan dan ketepatan.”

            Pelajar-pelajar di hadapan aku mengomel perlahan sambil saling berpandangan. Kebanyakannya adalah pelajar Tingkatan Satu, yang mungkin selama ini bermain tanpa mengambil endah akan peraturan dan teknik yang bersesuaian. Aku senyum sahaja. Itu yang aku pernah hadapi suatu ketika dulu. Dijerit oleh Cikgu Ghazali tatkala terlampau banyak melakukan kesalahan. 

            “Baiklah semua. Masa untuk memulakan latihan. Dayah, Amirah tolong ke sini. Boleh mulakan latihan dengan adik-adik ini.”

            Aku menuju ke gelanggang kedua. Pasukan perempuan bawah lapan belas akan memulakan latihan dan aku juga harus menyertai mereka. Permainan kami semakin bertambah mantap dan sesi latihan yang berlanjutan hampir sejam itu diberhentikan oleh Cikgu Ghazali yang muncul jua akhirnya. Muka dia kelihatan sangat ceria dan aku lihat Sabrina Ghazali sedang memegang piala di tangan kanan. Oh, pasti ada pertandingan yang dimenanginya. Muka bangga Cikgu Ghazali menjadikan emosi dia ceria hari ini.

Aku duduk di tepi gelanggang sambil meneguk air dari botol minuman. Mata terpejam dan cuba menenangkan tekanan dalam pernafasan aku. Tiba-tiba ada benda yang jatuh atas kepala. Aku pegang kepala dan tarik benda itu ke bawah. Tuala putih bersulam logo Adidas. Mendongak ke atas. Chia Hau sedang ketawa kecil dan menguntumkan senyuman kecil. 

“Boleh saya duduk sebelah awak?”
“Sejak bila tidak boleh?”

Chia Hau melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku hulurkan kembali tuala putih itu kepada dia. Dia menolak dan berikan aku kembali tuala itu. Dia berpaling ke arah beg dia dan keluarkan sehelai tuala lagi.

“Itu tuala awak, ini tuala saya. Saya sengaja beli dua. Biar sama”
“Macam itu pula. Entah-entah beli satu percuma satu agaknya.”

“Como te atreves a minha querida? (Sampai hati awak?) Saya memang beli khas untuk awak. Lagipun, awak kawan baik saya di sekolah ini.”
“Terima kasih. Eh, tadi kan ada adik Tingkatan Satu kata rupa kamu macam Jerry Yan dalam Meteor Garden”

“Maksud awak, Dao Ming Sze? Oh meu Deus! Bahagian mana pula yang macam artis ni? Saya mana ada rupa begitu.”
“Mungkin sebab awak main bola keranjang juga, itu yang dia kata begitu. Dan ya, kalau tengok dari tepi, awak ada rupa dia sedikit. Cuma mungkin belum cukup tinggi lagi agaknya.”

“Kalau saya jadi Dao Ming Sze, awak jadi San Chai mahu?”
“Oh, boleh juga. Lepas itu, saya kena berdiri dalam hujan, menangis semua sebab nak tengok awak? Eh, awak tak cukup ganas untuk watak Dao Ming Sze, saya sesuai. Awak jadi Hua Zhe Lei. Lemah lembut, bersopan santun”

“Kalau jadi Lei, boleh bercinta dengan San Chai sekejap sangat. Saya tak mahu!”

Aku ketawa berdekah melihatkan gelagat Chia Hau. Ah, perbualan singkat yang tidak bermakna buat aku sering mampu usir wajah duka dan menonjolkan muka ceria. Chia Hau menarik muka masam melihatkan gadis di sebelahnya ketawa sekuat itu. Ah, mengapa dia masih tidak mengerti gelodak jiwa yang dirasakan sejak akhir-akhir ini? Butakah mata gadis itu dalam menilai segala yang dipamerkan?

“Excuse me Alisia. Can I talk to Brian for a while?”

Serentak itu kami menoleh ke belakang. Johaina Lim sedang tersenyum sambil memegang beg alatan sukannya. Entah mengapa terselit rasa kurang enak melihat wajah sinis manusia yang sering mengganggu perjalanan kasih sayang pelajar-pelajar lain di sekolah. Aku mengangguk sahaja dan dengan pantas mengangkat beg dan berlalu pergi. Mengerling ke belakang dan lihat Johaina mencebik ke arah aku. Apa masalah perempuan itu agaknya, aku malas mahu ambil pusing.

Berjalan seorang diri ke bangsal basikal sambil melantun bola tidak menentu di atas lantai. Debukan demi debukan lantunan bola membuatkan aku terfikir betapa aku sudah menghabiskan masa yang begitu panjang di gelanggang. Nasib baik tidak ada yang membantutkan hasrat aku yang mahu terus berjuang demi sekolah.

Derapan kaki di belakang buat aku menoleh. Satu tamparan di wajah dan aku terhuyung hayang. Pening kepala sampai aku lupa di mana aku berada. Pandangan mata berbalam dan aku pantas bersandar di dinding yang semakin kusam. Siapa yang cuba menyerang aku dari belakang ini? Pantas aku cuba mengimbangkan diri semula, agar aku tidak menerima bahana kali kedua.

“Eh Ali, kau jangan tunjuk lagak lah!”
“Kenapa dengan engkau Sophea?”

“Syahmi Hanis dah tinggalkan kau dulu. Dari kau Tingkatan Dua. Kenapa mesti nak balik pada dia? Syahmi itu aku punya!”
“Sejak bila aku nak dengan Syahmi tu? Siapa cakap?”

“Syahmi sendiri beritahu aku. Tolonglah perempuan. Mana ada lelaki mahukan kau? Hidup kau cuma di bilik rawatan PBSM, gelanggang bola keranjang, perpustakaan dan buku-buku kau.”

Panas hati aku mendengar hinaan Sophea Aisyah. Pelajar Tingkatan 3 Arteri itu memang menempah padah dengan menyerang aku. Pantang sungguh bila diserang dari belakang dan tanpa sebab musabab yang nyata. Aku genggam tangan, campak beg ke simen berhampiran. 

            “Kalau kau nak tahu, Syahmi memang sengaja cakap macam itu. Sebab apa? Sebab dia ada perempuan lain! Kalau kau kata kenal sangat dengan Syahmi, pasti tahu sikap dia bagaimana!”

            Muka Sophea Aisyah sudah pucat tidak berdarah. Aku menghampiri dia sambil genggam penumbuk. Perempuan ini perlu diajar walaupun aku belum pernah meletakkan tangan aku di mana-mana bahagian tubuh wanita.

            “Kawan-kawan!”

            Jeritan Sophea Aisyah buatkan aku dikelilingi oleh pelajar Tingkatan Lima yang rata-ratanya berbadan besar. Tuhan, bala apakah yang Kau timpakan buat aku?!

*******

            Oh meu Deus! Acorde caro. Por favor, não me assustou. Qualquer pessoa, me ajude! (Oh Tuhan! Bangun sayang. Tolong jangan takutkan saya begini. Sesiapa, tolong saya!). Alisia, bangun Alisia. Ini Chia Hau.”

            Chia Hau menepuk pipi gebu gadis itu berulangkali. Siapa yang tergamak buat begini kepada gadis yang mula mencuri ruang di hati kecilnya? Tudung yang dipakai sudah senget dan buku-buku gadis itu memenuhi longkang di tepi tandas sekolah. Perlahan-lahan mata gadis itu terbuka.

            “Alisia! Jangan bangun dulu. Awak baring dulu atas paha saya. Awak kelihatan sangat teruk, luka sana sini. Siapa pukul awak?”
            “Saya jatuh tadi, tergelincir lantai licin agaknya.”

            “Janganlah tipu saya. Tengok pun boleh tahu awak pasti dipukul oleh orang.”
            “Entahlah, saya tak tahu. Tak kenal.”

            “Tipu. Awak nak tipu saya? Você nunca tente mentir para mim.(Awak tidak akan dapat)”
            “Saya dah sakit macam ini pun awak nak membebel? Sudahlah, saya nak pungut buku-buku saya”

            “Awak duduk. Saya akan tolong ambilkan.”

            Chia Hau menyandarkan gadis itu di dinding. Capai beg Alisia dan mula mengutip buku-buku yang bertaburan. Nasib baik longkang tersebut kering, kalau tidak, mahu lain jadinya segala ilmu yang disanjung gadis ceria itu. Dia mengerling ke wajah gadis itu yang comot dengan darah dan entah kotoran apa. Pantas menghampiri dan hulurkan sapu tangan sambil mengisyaratkan gadis itu membersihkan wajahnya.

            “Terima kasih Chia Hau.”
            “Sama-sama. Mari kita balik. Saya hantar awak.”

            “Tak apa. Saya naik basikal sendiri”
            “Jangan nak mengada-ngada. Ouça-me meu caro. Não se torne tão teimoso. (Dengar apa saya cakap. Jangan degil). Saya hantar awak balik.”

            “Naik apa? Awak kan biasanya naik bas?”
            “Naik basikal awak. Awak duduk belakang, saya bawa.”

            “Eh, tak nak lah! Saya boleh bawa sendiri.”
            “Jangan degil!”

            Alisia terpaku bila diherdik kuat oleh Chia Hau. Dia memandang lelaki kacukan itu. Mengapa begitu degil sekali lelaki itu, entah dia faham atau tidak norma masyarakat yang pasti memandang serong pada mereka. Pantas Alisia tarik beg dia dari tangan Chia Hau dan menuju ke arah basikal dia.

            Rentapan tangan dari belakang buat gadis itu terhenti. Chia Hau merenung tajam sambil menarik beg Alisia menggunakan tangan kiri. Dia tahu gadis itu pasti kalah kalau direnung lama. Alisia buang pandang ke tepi dan membiarkan sahaja begnya ditarik oleh lelaki itu. Dalam hati mengomel panjang, kegeraman. Chia Hau menyorong basikal gadis itu keluar dari bangsal. 

            “Cepat naik Alisia. Dah kotor sangat baju awak itu.”

            Aku memandang Chia Hau. Sanggupkah aku membonceng lelaki ini? Muka dia yang bersungguh buat aku mengalah. Aku duduk di besi belakang sambil menahan rasa sakit yang memuncak. Celaka Sophea, esok pasti akan aku balas walaupun terpaksa menggadaikan prinsip aku untuk tidak menyentuh wanita.

            “Alisia”
            “Kenapa Chia Hau?”

            “Awak memang baik.”
            “Kenapa awak kata begitu?”

            “Saya tahu awak kenal siapa yang pukul awak. Tapi awak memang tak mahu cakap dengan saya kan? Por que meu querido?”
            “Por que tu kenapa kan? Saya ada alasan saya sendiri. Tidak mengapa, kesakitan ini bukan kali pertama, cuma ini kali pertama perempuan yang memukul saya. Kena tahan sedikit walaupun hakikatnya saya rasa mahu pijak mereka”

            Chia Hau ketawa kecil. Gadis ini pasti tidak akan mengalah. Redup cuaca petang yang memendungkan wajah membuatkan dia teringat peristiwa tiga bulan yang lepas. Alisia Rayyan yang memperkenalkan dia kepada Cikgu Ghazali. Menyertai pasukan bola keranjang SMK Muara antara perkara terbaik yang berlaku dalam tiga bulan pertama dia di sini. Betapa dia beruntung mengenali gadis lincah ini. Tutur kata yang kasar, tetapi masih ada bayangan sopan terselindung di sebalik semua itu.

            Dentuman guruh secara tiba-tiba menyedarkan Chia Hau dari lamunan. Terasa pautan erat di pinggang dan kepala disandarkan di belakang badannya. Dia mengerling ke belakang, Alisia sudah terlena sambil memaut badannya. Terselinap rasa bahagia yang bukan sedikit di dalam jiwa. Bersiul perlahan mendendangkan lagu drama kegemaran.

            Oh meu Deus! Como sou descuidado?” (Oh Tuhanku! Mengapa saya cuai sangat?)

            Entah bila dia terlanggar bonggol di hadapan dan basikal bergoyang perlahan. Ketawa sendirian dengan telatah sendiri dan gadis itu masih kekal lena di belakang.

            “Chia Hau, kenapa saya suka tengok belakang awak?”

            Chia Hau menekan brek basikal tiba-tiba dan menoleh ke belakang. Muka terkejut terukir di wajah.



(bersambung)



0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas