Tuesday, April 24, 2012

#19 : Dosa

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 4/24/2012 07:39:00 PM

Ranjang biru jadi saksi satu lagi kemungkaran atas bumi. Darah yang menitis bukan lagi corak di atas cadar, bahkan menyempurnakan warna tilam yang kian kelam. Daniel merenung sekujur badan yang terlentang tanpa seurat benang. Sebentar tadi baru sahaja dia menutur bicara, tetapi sekarang ia hanya satu jasad tanpa nyawa.

*****

                Damia, gadis kesayangan Daniel. Sudah lama dia usung ke sana ke mari, menikmati panorama keindahan alam dan juga syurga dunia milik mereka berdua. Perkenalan di majlis pembacaan buku mendekatkan mereka – dari sekadar peminat sastera yang berlatar belakang kejuruteraan dan perubatan, mereka hanyut dalam uji kaji mereka sendiri. 

                Daniel tunduk bila Damia mahu memuaskan rasa hati yang melonjak. Mungkin Damia tertekan dengan pekerjaan yang terpaksa bersaing dengan ramai lelaki kekar, maka Daniel relakan sahaja bila Damia meminta lebih dari sekadar pegang tangan dan ciuman terbang.

                “Tak boleh Damia”
                “Saya terpaksa ubah semua data ni Daniel”
                “Tapi, ini dosa”

                Damia ketawa geli hati. Daniel sebut tentang dosa bila dia mengubah data perbelanjaan, kewangan yang sedang dia uruskan – sedangkan mereka sedang melakukan kesalahan yang lebih besar tanpa Daniel sedar akibat tertawan. 

                “Ini saya yang uruskan”

*****

                Bila kejuruteraan dan perubatan menyatu dalam satu nafas, satu gerakan yang hanya mereka yang tahu – ghairah yang tidak terkawal membuatkan bukan setakat cinta mekar, bahkan renangan mekanikal sperma telah membenihkan nyawa di dalam rahim Damia. Daniel sakit kepala, bila Damia terus mendesak sesuatu yang dia sendiri tidak suka.

 “Tak boleh Damia”
“Kenapa?”

Daniel pagut bibir Damia. Damia senyum suka hati tanpa menyedari tangan Daniel menekan saraf di leher yang membawa mati. Sekejapan, nafas Damia terhenti, terima kasih kepada pelajaran perubatan yang ditelaah selama enam tahun di universiti. Daniel keluarkan pisau dari beg peralatan kerja – Damia dibaringkan dan Daniel memulakan kerja. Bila pisau melalui perut Damia, Daniel usap sambil tahan air mata.

“Gugurkan bayi itu dosa, Damia”


http://farm1.staticflickr.com/51/148947272_a4ae14f022.jpg
[Sumber gambar]

Selingan : Cerita pendek 299 perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Gagal meraih sebarang tempat. Heh.

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas