Tuesday, April 24, 2012

#18 : Licik

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 4/24/2012 07:29:00 PM


Senyuman Lea meleret bila lagu dendangan Kate Perry, Part of Me berkumandang dalam ruang sempit itu. Orang ramai yang terkinja-kinja tidak dia hiraukan. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang berdakapan dengan seorang gadis yang jauh lebih muda. Entah-entah belum habis sekolah agaknya. Lea renung tanpa berkedip tapi pasangan itu hanyut dalam mimpi tanpa sedar mereka diperhatikan.

                “Martini, miss?”
                “Change to Vodka, please”

                Pelayan menghulurkan gelas baru dan Lea teguk minuman dalam satu nafas. Bibir dijilat, manis hanya di bibir, tapi kepanasan mengalir ke dalam. Setiap urat darah bagaikan dirangsang dengan minuman, dan video lagu yang sedang terpasang, terbayang dalam mata Lea. Pantas tangannya memegang rambut yang sudah pendek, macam lelaki. Pelayan merenung Lea, Lea renung pelayan. Senyum dan bertanya.

                “Boy, what do they have there?”
                “Red wine, miss. Want some?”

*******

                “Lea kawan dengan Leo?”
                “Mana Mama tahu?”
                “Pedulikan daripada mana Mama tahu. Tinggalkan dia”
                “Kenapa Mama?”
               
                Mama hulurkan satu bungkusan pada Lea. Lea tarik dan kertas bertaburan. Gambar-gambar entah kurun ke berapa bertaburan. Ada satu kertas yang menarik perhatian Lea, klip kertas menyambungkan kertas dengan gambar yang cukup Lea kenali. Lea pandang Mama, Mama senyum pahit, dan pipi basah dengan air mata.
*******

                “Your wine, sir. Someone’s treat”

               
                Pelayan berlalu pergi. Lelaki capai gelas, bersilang dengan gadis yang terlentok manja di bahu. Minuman pantas masuk kerongkong, tegak dan lelaki itu rebah. Gadis menjerit, suasana yang tadinya tenang dengan pasangan-pasangan melabuhkan cinta mula rebut. Semua menerpa ke lelaki tersebut, lampu gelap bertukar terang. Gadis pegang dada lelaki, senyap tanpa nadi. Dia meraung sesiapa panggilkan ambulans.

*****

                “Thanks boy”
                “Arsenik pilihan tepat”

                Lea rangkul bahu pelayan tadi. Mereka jalan bersama, meninggalkan kelab yang mula dihujani dengan polis, paramedik, pemberita dan manusia yang gempar dengan seorang lelaki tua mati dalam dakapan gadis muda. Lea senyum.

                “Goodbye Leo, my long-lost-grandpa”

[Sumber gambar]

Selingan : Cerita pendek 298 perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Gagal meraih sebarang tempat. Heh.

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas