Thursday, March 15, 2012

Legasi Cinta Alisia : Bab 01

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 3/15/2012 10:12:00 AM

http://farm8.staticflickr.com/7057/6983576213_4c5a72c2d7.jpg
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.


Kalaulah sekeping hati boleh diganti setelah teruk dikhianati, pasti sudah dibeli. Hati pernah mati. Tetapi hati tidak akan menangis lagi. Hati sudah belajar untuk sentiasa mengasihi. Bukan untuk mereka yang tidak menghargai. Tetapi untuk diri sendiri.

            Alisia mendaki tapak ke anak tangga di sudut kerja. Langkahnya tegap laksana seorang perwira sungguhpun dia seorang wanita. Hati panas lihat keletah anak-anak didik yang entah dimana letaknya kesedaran sivik mereka. Bila ditanya apakah wawasan, suatu pun tidak dapat dilayahkan. Kasut tumit tinggi merah sudah dihentak-hentak ke lantai sekolah, geram dengan budaya tidak mahu berubah.

            Waktu senggang hanya sementara. Alisia menghampiri meja dan menarik kerusi empuknya. Ah, memang enak bermalas tatkala hati sedang melengas. Baju kurung merah jambu sudah berlipat belakangnya. Pasti tadi ikut suka hati marah-marah sampai kekemasan diri lupa mahu diendah. Alisia tersandar dan cuba meneroka di mana hilang gaya lembutnya.

            “Alisia, sudah minum pagi?”, teman sejawat menyapa ceria. Ah, guru muda itu sentiasa mengukir wajah bahagia – hari bersejarah bakal berlangsung tatkala cuti sekolah yang bakal menjelma.

            “Tidak mengapa Liyana. Alisia banyak kerja lagi. Mungkin tengah hari nanti”, Alisia melemparkan senyuman mesra. Ah, kalau orang berbudi, kita harusnya berbahasa. Itu amalan yang Emak dan Abah terapkan dalam diri sejak kecil lagi. Ada tugasan yang menanti dia sejak pagi tadi. 
            Timbunan kertas dicapai. Pelajar Tingkatan Satu memang banyak ragamnya. Borang kaunseling disemak satu persatu. Kelakar melihat betapa bersungguhnya mereka menulis di ruangan cita-cita. Alangkah indahnya kalau impian itu dibajai dengan usaha yang berlipat ganda cantiknya.

            Mata terpempan dengan beberapa helaian borang yang terkedang di hadapan. Barisan cita-cita mereka sama seperti mereka. Mereka yang pernah aku cinta. Mereka yang pernah mengukir riwayat yang penuh dengan noktah dalam kanvas coretan hati yang parah. Luka dan berbalut sakit hingga bernanah.

            Telefon genggam berbunyi. Berpaling dan mencari di dalam tas tangan coklat yang tersandar di tepi. Lihat nama yang muncul di skrin paparan hadapan. Oh Tuhan, mengapa mesti dia tatkala hati mula berjimba?

            Kenangan menerpa seiring jari mula mencoret di atas buku catatan maklumat pelajar. Jari menari, fikiran menerawang, kenangan melangkaui sebuah impian dan mimpi.

Doktor.
Dia bermula dengan langkah yang penuh bergaya dan berjaya. Dalam perjalanan hidupnya, tiada istilah gagal dalam arena akademik. Semua peperiksaan disapu bersih dengan tinta yang bersinar sentiasa. Lahir dalam keluarga yang agak berada, tiada istilah hidung disangkut di langit baginya. Senyuman penawar duka. Air mata pernah tumpah di hadapan seorang gadis yang setia menyimpul rasa dalam diam buat dirinya.
Dia kini mula melangkah dalam mengenal cinta setelah entah berapa kali melalui episod duka. Ya, kelemahannya hanya melibatkan wanita. Gadis hanya mampu lihat dan mengucapkan tahniah. Beri nasihat dan menemani ketika dia perlukan teman berbicara. Untuk melangkaui batas, gadis sudah tidak mampu lagi melangkah.

Jurutera.
Terkenal dengan kegemaran menukar wanita sejak di bangku sekolah, entah mengapa gadis terjebak jatuh cinta dengan dia setelah doktor menceritakan si jurutera berminat dengan telatah si gadis yang ceria. Gadis rela walaupun hatinya telah diberi kepada doktor yang berkaca mata. Demi persahabatan antara doktor dan jurutera, gadis pasrah menghitung kasih sayang dan menyulam rasa bersama jurutera kacukan Melayu dan Belanda.

Tapi jurutera itu tetap dia yang selalunya. Kasih sayang terlerai dan ungkapan perpisahan diucap tatkala gadis mahu menyambut ulang tahun kelahirannya. Sebak di hati walaupun gadis ditenteramkan oleh doktor yang sentiasa di sisi. Gadis terbayang, kalaulah doktor boleh baca apa dalam hati.

Pemain Bola Keranjang.
Berlainan agama dan bangsa, buat teman-teman gadis cuba menghalang sedaya upaya. Jangan kata mereka, jangan cuba melampaui batasan yang dibina. Gadis enggan mengaku kalah walaupun sedar, mereka menghalang hanya kerana taraf akademik tidak sekata. Tapi siapa yang mampu meneka suratan takdir dalam menyatukan jiwa?

Sebak dalam jiwa melihat dia berjalan, ketawa sambil menjeling ke arah gadis yang mengintai dari sebalik jendela. Jejaka itu tahu dia hanya mampu melihat ke dalam sangkar permata dan gadis lebih arif, dia hanya layak mengait benang lara. Cinta dalam hati berkubur begitu sahaja?

Peguam.
Asalnya gadis hanya lihat dia sebagai orang yang biasa-biasa. Entah mungkin kerana darah campuran ataupun mukanya yang tiada jiwa, buat gadis tertanya-tanya manusia apakah yang sering dilihat kelibatnya. Teknologi membuatkan permainan hati makin terasa. Peguam mengatur langkah lebih agresif untuk lihat siapakah yang berada disebalik tabir nama yang indah.

Permainan sampai ke kemuncaknya. Hari ulang tahun gadis adalah penentu pecahnya sebuah rahsia yang tersimpan kejap dalam urusan yang melibatkan hati dan perasaan. Kilasan baju kurung magnolia buat hati dia mula menjadi rawan, meneka siapakah gerangan.

Arkitek.
Dia hanya watak tempelan dalam menyulam jenaka mulanya. Permainan dalam erti kata mencari bermain watak bahagia, siapa kalah dia yang kena. Terpempan bila dia mula mencelah masuk, mecuri kehadiran watak utama itu sendiri.

Bila arkitek berjenaka mahu hantar rombongan merisik dan meminang si gadis, keadaan makin rumit jalan cerita hidupnya. Tidak bersedia, dan mahu membunuh arkitek sambil ketawa. Arkitek dapat lihat disebalik muka kental si gadis, dia masih wanita yang selalu kalah bila melibatkan teman dan sahabat sejati. Dia masih tetap masih mahu menguji sekeping hati yang penuh batu berlitupan salji.

Pelukis.
Siapa sangka cinta maya boleh bertahan hampir dua musim bunga? Tapi bila nafsu menguasai segalanya, pelukis mula hilang punca dan memilih untuk kembali kepada tabiat lama, menyalin wanita seperti membuang seluar dalam layaknya. Gadis terpempan lihat cinta teragung yang dijaga menjadi pemusnah ketika ulang tahun mula menghampiri dan menukar angka.

Kejamkah lelaki itu?. Dia sangka dia mampu bertahan dengan godaan wanita muda di sekelilingnya. Tapi nafsunya tiada siapa dapat mengekang dengan mudah. Heretan ke ranjang oleh teman sekuliah memusnahkan cinta mereka berdua tatkala jarak mereka dilaungkan sebagai punca pemisah. Gadis hilang punca, tetapi seketika cuma.

Pelakar.
Jarak usia yang terserlah bukan ukuran dalam membina rumah bahagia bersama. Diikat oleh kasih sayang sesuatu yang tidak bernyawa, sekali lagi cinta gadis diuji dengan jarak dan masa. Perbezaan waktu dua benua membuatkan keduanya mendambakan masa terhenti pada suatu saat untuk mereka berdua sahaja. Gula-gula, lukisan dan tulisan hanya bukti mereka bersama di sebuah ruang yang dipanggil kotak kerja.

Masa telah berhenti.Tetapi malangnya, cinta juga entah ke mana hilangnya. Pelakar kembali ke bumi kelahiran, mencari gadis yang jauh lebih berusia. Cinta mula diragui kewujudan tatkala ada hati yang bergolak, berperang antara kasih dan realiti sebuah kehidupan. Dia kembali menagih suatu rasa, hati yang tidak pasti.

Guru.
Entah, mungkin juga dia akan keluar dari kerjaya itu. Dia manusia yang terlalu baik tapi penuh dengan cemburu buta. Mana bisa lihat gadis kepunyaannya diminati ramai jejaka. Dia sedar, kecantikan mungkin tiada pada sang gadis, tapi keluhuran hati dalam berkarya dan mengenal dunia membuatkan gadis dikelilingi oleh kawan serta teman yang mesra.

Dia benci dengan tekanan. Tetapi dia tidak pernah meluahkan. Gadis dituduh beku dan tidak mesra seperti yang selalunya. Kaku dengan tuduhan, gadis memilih untuk berdiam diri yang menyebabkan suratan takdir terhenti. Kalaulah dia seorang isteri, pastinya hukum zihar sudah jatuh tatkala si lelaki mengungkap kata yang menyinggung hati. Dia pasrah.

            Jauh fikiran yang melayang diputuskan oleh sentakan dari belakang. Menoleh dan terasa mahu pitam melihat segaris senyuman di wajah yang berkumis nipis itu.

            “Alisia Rayyan binti Daniel Abdullah. Masih kenal saya lagi?”, jejaka bermata biru itu muncul sekali lagi secara tiba-tiba. Oh, kenapa keyakinan aku goyah secara tiba-tiba?

            Prang!!!

(...bersambung...)

1 ulasan:

Zamri Khaled on September 19, 2012 at 11:45 PM said...

Nie tulis sndri kew..

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas