Thursday, March 15, 2012

#17 : Bisik

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 3/15/2012 06:40:00 PM


Bazilin lihat buku yang bertaburan di hadapannya. Kebanyakan penuh dengan tulisan cakar ayam penuh kemarahan. Malangnya, tulisan itu dipenuhi dengan kesalahan ejaan yang pada dia terlampau mudah. Adakah penjenayah kali ini menghidapi disleksia? Bunyi ketikan di belakang, Bazilin menoleh dan kurang dua saat, otaknya sudah bertempek di dinding hijau lumut.

    Bazilin bukan yang pertama.

    “Suara kau kuat sangat, lain kali perlahan sedikit bila hadapi kematian”
*******

    Budair lihat dirinya depan cermin. Jambang  panjang, tidak terurus. Dia ingat dia sudah mandi bila dia keluar dari hotel murah melanggan pelacur yang juga murah, tapi dia tidak ingat bila badannya penuh dengan darah merah. Sekeping plastik di dalam poket dikeluarkan. Bau strawberry menusuk hidung bila dia keluarkan kondom yang sudah digunakan. Dia belek plastik, perkataan tercetak dibaca.

    “Burex”

    Berita televisyen di kedai mamak berhampiran menghentikan langkah Budair. Kelihatan hotel murah yang dia tinggalkan pagi tadi. Seorang wanita muda mati dikelar dan otaknya bersepah di dalam bilik. Dia kenal wanita itu. Pelacur yang dia sibuk bersenggama malam tadi. Dia genggam kondom di tangan dan ingatannya melayang pada wanita itu. Oh, jalang itu ketawakan dia sewaktu mereka mahu mulakan aksi. Dia minta “Burex” pada wanita tersebut yang sudah bertelanjang bulat.

    Babi betul. Kuat ketawa jalang itu membingitkan telinga dan Budair paling benci bila orang bercakap terlampau kuat. Lebih-lebih lagi ketawa mengilai bagaikan Pontianak. Kali terakhir dia lihat si jalang itu bersuara ketika labia minoranya diterjah keras anus. Selepas itu, dia tidak ingat lagi. Dia baling plastik di tangan ke dalam tong sampah.

    Plastik itu jatuh di tepi dan seorang makcik tua renung tajam. Dia pandang anak muda selekeh itu sambil menggelengkan kepala.

    “Oit budak! Plastik Durex ni kau buang merata nak suruh anjing makan ke?”

    Langkah Budair terhenti. Suara itu terlampau bingit dia rasa. Langkah pantas diatur. Deru kematian berbisik dalam kepalanya.

http://farm4.staticflickr.com/3423/3400804485_c69178f72d.jpg
[Sumber gambar]
 
Tugasan pertandingan :
Nak menang BISIK - Sebuah Novel Syaihan Syafiq? Begini: Tulis cerpen (tak melebihi 300 perkataan) dengan tajuk 'Bisik'. Cerpen tak semestinya berkait dengan sinopsis / bab awal novel BISIK. Emel ke info@fixi.com.my sebelum Isnin 12 tengahari. (Ya, anda hanya ada wiken ni untuk tulis!) Tiga cerpen yang dipilih oleh hakim akan disiar di page ni & akan mendapat novel itu.

Selingan : Cerita pendek sepanjang 297 patah perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Alhamdulillah, telah meraih salah satu hadiah yang merupakan novel BISIK itu sendiri. Novel itu belum dilancarkan lagi (khabarnya dalam masa terdekat). Nanti kalau aku dah dapat, aku akan buat ulasan macam biasa.

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas