Thursday, March 15, 2012

#16 : Invasi

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 3/15/2012 06:13:00 PM

“Bangsat macam kau tak boleh hidup di sini!”

“Kenapa kau kata aku bangsat? Aku alien!”

“Alien?”


Darah pekat bercampur dengan cairan hijau bersemburan. Rambut merah bertabur dan dua tubuh sedang bergusti tanpa menghiraukan pekikan berhenti. Borang putih sudah tukar warna.

*******

Idraki pandang atas. Piring terbang, dengan pelbagai warna, gaya. Kadangkala akan berlanggar antara satu sama lain, kadangkala mendarat dengan selamat, adakalanya akan melayang dengan cara tersendiri. Idraki tidak ambil peduli, dia tahu dia alien.

********

"Mama, malam ni ada alien datang lagi?”


Bunyi ketukan di pintu yang memisahkan ruang Idraki dan Iftinan serta tabir jarang menyebabkan dua beranak itu terdiam. Idraki kira dalam hati. Kalau ketukan itu tiga kali, maksudnya ada alien kembali. Alien yang singgah di kediaman mereka tidak pernah sama. Idraki risau. Dia selalu tengok dalam televisyen, alien memang ganas. Televisyen tidak tipu.

“Idraki, buka pintu”

“Mama, alien jahat eh?”

“Idraki alien baik. Alien yang datang jahat.  Alien bawa pistol, pedang. Biar dia tikam Mama, bukan Idraki”

“Nanti Mama mati!”

“Mama belum mati kan?”


Mama senyum.  Idraki percaya Mama. Mama tidak akan tipu dia. Mama sayang dia. Idraki berlari buka pintu dan sembunyi. Alien masuk sambil senyum dan tarik Mama ke sebalik tirai . Dia nampak alien itu pandang Mama sambil usap muka berjambang kuning tapi berbadan sasa hitam berkilat. Warna alien kadangkala coklat, putih, hitam. Alien keluarkan pistol yang tiba-tiba panjang jadi pedang. Idraki tutup mata bila alien mula tikam Mama bertubi-tubi.

Bunyi erang Mama kuat, tapi Idraki tahu Mama hidup. Alien gigit Mama, tapi Mama cuma pejamkan mata. Idraki tahu Mama hebat sebab setiap hari alien yang menyerang sentiasa berbeza. Piring di tepi kasur mula berterbangan tinggi sambil alien menari.

*******

Idraki pandang borang. Soalan cikgu siapa bapanya, dia tak boleh jawab. Alien yang mana satu agaknya? Balik nanti dia tanya Mama.


http://farm5.staticflickr.com/4131/4995042482_9ba83b6035.jpg
[Sumber gambar]
Tugasan pertandingan :
Nak menang INVASI - Sebuah Novel Raja Faisal ? Begini: Tulis cerpen (tak melebihi 300 perkataan) dengan tajuk 'Invasi' ATAU lukis gambar dengan tema 'alien di Malaysia'. Cerpen / gambar tak semestinya berkait dengan sinopsis / bab awal novel INVASI. Emel ke info@fixi.com.my sebelum Isnin 12 tengahari. (Ya, anda hanya ada wiken ni untuk tulis / lukis!) Tiga entri yang dipilih oleh hakim akan disiar di page ni & akan mendapat novel itu

Selingan : Cerita pendek 297 perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Gagal meraih sebarang tempat. Heh.

1 ulasan:

Papa King on March 15, 2012 at 8:16 PM said...

Macam biasa, gua mesti ternganga bila baca cerpen cikgu. Sebenarnya memang gua nak galakkan interpretasi INVASI tu lebih dari sekadar "alien" dan "piring terbang". Tapi dah juri sebulat suara, gua ikutkan saja. Tahniah cikgu dengan sebuah lagi kispen yang hebat!

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas