Monday, December 5, 2011

#15 : Kelabu

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 12/05/2011 11:19:00 PM


“Nah!”

Sekeping plastik empat persegi berwarna kelabu dihulurkan kepada Qaiser. Lelaki itu belek kepingan plastik, cuba tengok apa kandungannya.

“Pisang? Bukan selalu strawberry ke?”

“Sesekali cuba rasa tempatan apa salahnya kan?”


Qaiser tersenyum sambil letak plastik ke tepi. Subjek di depan mata dikerling lembut. Nanti sahaja dijamah. Masih punya banyak masa. Helaian yang disisip masuk dibawah pintu berwarna kelabu diambil, belek dan baca.

“Ah, imam masjid sebelah ni tulis lagi tentang tabu dalam masyarakat”
 
“Apa benda tabu lagi?”
 
“Dia tulis pasal orang kata seksual itu tabu.”
 
“Apa yang imam tu dendam sangat dengan seks? Dia tak pernah dapat lagi ke?”
 
“Kau jangan. Dia imam. Ngeri kau sebut begitu. Mana tahu kena panah petir ke  apa”
 
“Alah, imam pun manusia”

Qaiser tersenyum lagi. Puas dia membelek jerat yang Altamis kirimkan dalam kotak warna warni. Sengaja dia minta Altamis buat satu sebagai kenangan. Mana tahu saingan dia di kasino pada minggu hadapan boleh dijadikan bahan percubaan. Bukan selalu Qaiser minta bantuan orang lain. Dia sendiri susah mahu cuba benda baru. Manual jerat dibaca satu demi satu. Lagak seperti pakar.

“Kau nak mulakan ke tak Qaiser?”
 
“Kenapa?”
 
“Kesan ubat tu bukan lama”
 
“Aku ingat kau bagi virus?”
 
“Kau ingat aku macam syarikat kimia tepi masjid sana?”
 
“Kenapa?”
 
“Bahan kimia mereka bocor. Tong ammonia pecah. Sikit lagi nak kena simpanan nuclear. Ada orang khianat. Separuh pekerja jadi macam zombi”
 
“Macam Zombijaya?”
 
“Kau baca buku tu?”
 
“Ada orang letak atas meja aku”
 
“Aku ingat kau cuma kemaruk dengan Twitterjaya dan Putrajaya”
 
“Kau lupa Cyberjaya”

Qaiser ketawa perlahan. Subjek didepan dia mula menggeliat. Kesan ubat hampir hilang, mungkin.

“Perlu ke aku cekik bagi dia pengsan?”
 
“Janganlah bodoh. Nanti dia mati, cubaan kali pertama kau gagal”
 
“Aku bukan tak pernah buat sebelum ni”
 
“Tapi bukan kau yang pertama kali pecahkan”

Qaiser terdiam. Subjek di depan terbeliak biji mata. Qaiser koyakkan plastik kelabu. Bau pisang semerbak dan bahan lutsinar cepat digulung masuk ke anggota tergantung sejak dilahirkan. Laju, licin dan dengan pantas dia menujah laju tanpa perlu salam pembukaan. Hentakan kali pertama dan raungan subjek buat Qaiser rasa dia sudah lengkap sebagai lelaki muda. Mata Qaiser menjeling kerusi yang dihuni seorang wanita sambil terus menujah subjek yang sudah mengalirkan air mata.

“Terima kasih Qasrina”

Qasrina, si kougar yang mengajar Qaiser selama ini menjilat bibir merah. Dia boleh memburu anak ikan lain sebagai mangsa seterusnya. Qaiser sudah dewasa.

http://farm7.staticflickr.com/6040/6257184073_9617da3f5c.jpg
[Sumber gambar]

Tugasan pertandingan : 
Peluang menang KELABU - sebuah novel Nadia Khan! Tulis cerpen yang mengandungi perkataaan 'kelabu' dan juga mana2 (tak semestinya semua) perkataan yang pernah digunakan sebagai judul buku2 Fixi yang sebelumnya. Tiada had untuk jumlah perkataan TAPI cerpen itu harus dipos sebagai komen untuk status ini! 3 komen (cerpen) yang terima paling banyak 'like' akan menang buku. Deadline untuk kira 'like' ialah 10 malam ini. Ya, kali ni hakim ialah anda sendiri, ahli fanpage ini.

Selingan : Cerita pendek sepanjang 389 patah perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Alhamdulillah, telah meraih salah satu hadiah yang merupakan novel KELABU itu sendiri. Novel itu belum dilancarkan lagi (khabarnya dalam masa terdekat). Nanti kalau aku dah dapat, aku akan buat ulasan macam biasa. Terima kasih buat rakan-rakan pembaca yang sudi menekan butang suka (baca : Like) untuk tulisan aku ini. Bacaan tulisan lain boleh dilihat di sini.

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas