Sunday, November 27, 2011

#13 : Ngeri

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/27/2011 08:37:00 AM


"Jangan panggil aku Alisia!". Gadis itu menumbuk bahu kiri si bakal doktor muda. Dia menarik muka masam dan menggeleng kepala tanda tidak setuju.

"Bukankah nama Alisia itu sudah  sempurna dan indah bagi seorang gadis?".

Debukan kedua bergema dan Alisia direnggut pergi oleh orang yang lalu lalang memerhati. Tangan kanan berlumuran darah dan Alisia tersenyum sinis sambil memaki. Ludah ke tanah, pekat, penuh benci.

Danish yang berlumuran darah diusung ke bilik rawatan. Dalam kesakitan dia masih mampu ketawa lucu. Nyata, gadis itu bukan tandingan. Tutur kata sebaiknya perlu dijaga selepas ini kalau tidak mahu makan gigi sebagai sarapan pagi. Dia ketawa sepi dan penjaga bilik memandang penuh sangsi. Satu yang dia tahu, mengalah kepada Alisia adalah sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi.

Setiap kali waktu unggas sekolah berbunyi, dia pasti menunggu kelibat Alisia muncul. Baru tadi dia berani menegur dan akhirnya jatuh menyembam bumi. Tidak mengapa fikirnya. Tunggu sahaja esok, baru dia kenal siapa lebih bahaya. Aku manusia yang digelar doktor, tetap akan membius apa yang perlu pada dia yang tidak kenal jantina.

Pintu terkuak dan dia lihat seseorang melangkah masuk setelah bertukar salam dengan penjaga. Eh, Alisia?

“ Aku datang untuk minta maaf pada kamu. Maafkan aku. Aku janji lain kali aku tidak akan pukul kamu lagi. Tadi aku terbuai dengan emosi. Nafsu sangat merajai. Barangkali. Maaf ya Danish?”

Alisia tunduk dan menghulurkan salam pada Danish. Tergamam lelaki itu lihat sikap Alisia berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pantas dia genggam tangan gadis itu dan hulurkan senyuman mesra.

Alisia keluar daripada bilik rawatan dan pantas menuju ke arah tandas di bahagian utara. Jatuh maruah dia meminta maaf pada lelaki yang menaikkan tekanan darah merahnya. Ah, demi menyedapkan hati guru disiplin yang bermisai tebal itu, dia akur sahaja. Tidak mahu tangan berbirat disebat. Danish Aryan, itu permulaan, bukan pengakhiran.

[Sumber gambar]

Selingan : Cerita pendek sepanjang 300 patah perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Malangnya gagal meraih sebarang tempat. Masih banyak perlu diperbaiki nampaknya. Yang menang memang hebat, tetapi aku akan tetap berusaha untuk menjadi yang terhebat. Mengalah itu payah. Dan ya, langsung tidak ngeri bukan?

Ulasan aku mengenai novel ini boleh dibaca di sini.

2 ulasan:

FaizalSulaiman on November 27, 2011 at 9:23 AM said...

tabu sesuatu yg sangat janggal jika dibicarakan di khalayak.tapi waktu akan tiba bila kita sendir(mungkin) akan mengamalkannya.

Imam porn seperti kata juri adalah satu pilihan yang tepat.Sisi imam yg selama ini berselindung di balik jubah diketahui. Kadang2 kenyataan pahit ini yang perlu kita telan. Tak semua manusia bulat2 perangai, berdasarkan pakaian yg mereka pakai.

Ada dimensi pada dialog. Nampak sisi putih dan hitam pada dialog maka si penutur adalah karakter yg kompleks,sesuatu yg jarang dijumpai dalam mana2 tulisan.

Tahniah Zara!Honestly knowing you as a writer makes me wanna learn more from you:)

keep on writing gal!

orgkampung said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas