Sunday, November 27, 2011

#12 : Jerat

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 11/27/2011 07:13:00 AM



Kau pacat?
Atau ketuat?
Entah-entah ketupat.
Ataupun lepat.
Ah, mungkin juga palat.
Ketawa jahat.


Susah sebenarnya apabila ramai orang yang dahagakan perhatian ini. Macam-macam cara dia akan buat asalkan cahaya dan tumpuan mata serta segala deria tertumpu hanya pada dia.Tidak, manusia yang dahagakan perhatian tidak semestinya kanak-kanak. Kalau kanak-kanak, senang kita mahu hiburkan. Ini lebih kepada orang dewasa. Ya, orang dewasa yang terdapat kemungkinan kekurangan susu cap gantung semasa kecil.

Seperti yang Altamis tahu benar, kalau mahu menembak, memerlukan sasaran yang jelas. Peluru perlu cukup, kemahiran perlu tinggi dan rasa malu itu sudah ditolak ke tepi bagi mencari kepuasan mendapatkan tumpuan yang tidak berbelah bagi. Badan pun entah sempat basuh ke tidak, mana tahu berdaki tetapi itu tidak penting seperti mahu mencari sesuap nasi. Yang menjadi keutamaan adalah perhatian serta pakej caci maki akibat perbuatan sendiri. Mari kita lihat, sasaran orang yang terlampau perlukan perhatian di mana.

Kedengaran bunyi lagu Bunga Api (baca : Fireworks) oleh Katy Perry yang seksi. Altamis yang leka memasang satu demi satu kepingan di atas meja mendongakkan kepala. Menarik nafas panjang sambil mengingatkan kejayaan satu demi satu sebelum ini. Manusia lunatik mana yang tidak pernah kecundang di tangan dia, tanpa dia perlu menyentuhnya?
 
Bunyi degupan di Twitter membuatkan Altamis menjengah. Hidup kau, kau yang tentukan. Bukan menyalak macam bajingan. Dan ya, kalau kau tak kenal erti sarkastik dan sebagainya, jangan bikin hidup orang lain celaka dengan kebodohan kau memahami sesuatu perkara. Mengkritik setiap status dia di Twitter tanpa alasan atau sebab munasabah hanya menunjukkan kau manusia yang tiada apa-apa. Sekadar menjadikan hidup orang lain sebagai satu kepuasan kau untuk kau terus hidup dalam dunia?

Altamis senyum sinis. Mangsa muncul dan bakal masuk ke dalam perangkap masa. Masa untuk memburu semula. Bilah rotan tolak ke tepi, aksara disusun dan dia jerat jagoan.
http://farm2.staticflickr.com/1325/1447425593_8d1fa1e1f9.jpg
[Sumber gambar]

Selingan : Cerita pendek sepanjang 300 patah perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Alhamdulillah, telah meraih salah satu hadiah yang merupakan novel JERAT itu sendiri. Ulasan aku mengenai novel tersebut boleh dibaca di sini.

0 ulasan:

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas