Saturday, June 11, 2011

#7 : Jatuh

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 6/11/2011 12:09:00 PM

Kata orang, kalau jatuh, kita sakit.
Mengaduh - berdarah.
Kalau tak banyak, sedikit.

Kata orang, kalau jatuh mesti sakit.
Kalau tak banyak, mesti sedikit.

Kata orang lagi, jatuh atas jalan, boleh bangun semula.
Jatuh dalam hidup, boleh bangkit kembali.
Kalau jatuh cinta?

Jatuh cinta, bangun dengan gembira - lupa sakit, hilang luka.
Jatuh cinta, bangun dengan gembira - ditimpa duka, bernanah jiwa.

Luka yang muncul meninggalkan kesan.
Kesan calar, parut yang entah hilang, entah tidak.
Tapi itu bukan apa-apa.

Luka akan kering.
Parut akan tertinggal.
Kesan akan tetap nampak.

Kita semua pernah terjatuh.
Mungkin ada parut yang tinggal daripada kesan kita terjatuh itu.
Tetapi tahukah kita bahawa parut yang tinggal itu bukan kesan sebagai tanda peringatan betapa sengsara dan sakitnya kita, tetapi ia sebagai peringatan, betapa kuatnya kita melalui dan menghadapi kesakitan pada suatu masa dahulu.

Dan bila jatuh, kita bangun semula.

http://farm6.static.flickr.com/5138/5561659047_6434834810.jpg
[sumber gambar]

13 ulasan:

Ros Anisza on June 11, 2011 at 11:41 AM said...

amat terkena dengan diri ini...parut tu tanda peringatan betapa kuatnya kita menghadapi kesakitan masa lalu...

Danish. on June 11, 2011 at 11:48 AM said...

luka bila jatuh akn sembuh, parut takkan hilang tapi kita tetap kena bangun dan berjalan semula.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 11, 2011 at 12:00 PM said...

Dear Ros Anisza :

Moga-moga.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 11, 2011 at 12:00 PM said...

Dear Danish :

Sudah tentu.
Hidup bukan untuk mengalah.

:)

ZeBentPenzel on June 11, 2011 at 12:05 PM said...

Sweet.
I fall and get back up, knowing that i'll fall anyway.

but it doesn't matter how much I fall, just how much I get back up.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 11, 2011 at 12:08 PM said...

@ Izzie :

Yup!
That's the best.

:)

Cik Kamoo on June 11, 2011 at 12:32 PM said...

Hidup bukan utk mengalah ... tp kadang2 kala kita terpaksa mengaku kalah.

Hidup utk terus jadi kuat, tp kadang2 kita dibenam krn kekuatan sendiri ...

Suhaili Rahim on June 11, 2011 at 12:53 PM said...

saya mmg suka semua entri2 awak..mmg nice!!mtk izin utk share tw..btw..bila trjatuh,xrasa lg kesakitan tu,tp bila nk bgun semula terasa amat sakit..=/

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 11, 2011 at 1:03 PM said...

Cik Kamoo:

Sebab itu hidup kita, kita yang tentukan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 11, 2011 at 1:03 PM said...

Suhaili Rahim:

Kalau nak share, jangan buat kreditnya ya?

:)

Cik Saba on June 11, 2011 at 7:18 PM said...

masih mencuba sekuat yg mampu utk melawan kesakitan yg mendtg dgn harapan cahaya bahagia menanti di penghujungnya....

♥SarahNatasha♥ on June 11, 2011 at 10:33 PM said...

Ah benci tau , asyik2 tersentap bila baca entry kamu :')

-XaXao- on October 9, 2011 at 2:11 PM said...

semua pernah terjatuh, dan kadang2 sush nk bgn semula

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas