Friday, June 10, 2011

#6 : Cinta

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 6/10/2011 12:08:00 PM

Saya pernah cinta awak.
Awak pernah cinta saya.

Saya tanya awak, apa itu cinta.
Awak kata cinta itu saya.

Saya ketawa.
Awak kata, awak harap awaklah cinta saya.

Saya kata cinta itu penawar.
Awak kata saya macam ubat yang mahal harga.

Saya kata cinta itu mungkin racun.
Awak bantah, kata mustahil sebab awak tak mungkin bunuh saya.

Saya kata cinta itu aneh.
Awak kata saya manusia aneh kerana pilih cinta.

Saya kata saya memang aneh.
Awak kata cinta itu bagaikan mesin masa - boleh pergi dan dibawa ke mana sahaja.

Saya kata cinta itu suatu rasa magika.
Awak kata benda itu hanya bawa bahagia.

Tapi awak, ada suatu masa, suatu ketika saya sedar satu perkara.
Cinta itu maksudnya derita.

Cinta awak dan cinta saya sebenarnya berbeza.
Walaupun cinta kita banyak dan penuh ketawa.

Saya cinta awak sepenuh hati dan jiwa.
Tapi awak cintakan saya hanya sebab bosan dan mahu buang masa.

Awak, cinta kita derhaka.
Sebab awak sudah berpaling dan hilang menghadap entah ke mana.

http://farm5.static.flickr.com/4031/4301957529_3306e4389d.jpg
[Sumber gambar]


12 ulasan:

ishiko on June 10, 2011 at 1:16 PM said...

margazara??

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 1:33 PM said...

Dear ishiko :

Kenapa?

♥SarahNatasha♥ on June 10, 2011 at 2:03 PM said...

"Saya cinta awak sepenuh hati dan jiwa.
Tapi awak cintakan saya hanya sebab bosan dan mahu buang masa."

Gila sentap , :')

Diana Zainal on June 10, 2011 at 2:12 PM said...

Follower setia ni.blog baru?ke?

Artoone on June 10, 2011 at 2:19 PM said...

Awak, cinta awak derhaka.
tapi takpelah, cinta derhaka awak ni cinta pengecut, saya tak kesah awak derhaka. Nanti saya ganti baru je ;)

Q on June 10, 2011 at 3:57 PM said...

saya kata cinta itu buta
tapi awak marah
awak takut saya rembat ikut suka
ha
ha
ha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 5:17 PM said...

Dear ♥SarahNatasha♥ :

awww~

jangan sentap~

ahsfantasy24 on June 10, 2011 at 5:18 PM said...

erk..
bkan dlu alamat laen kew?..
huhu lame xjnguk~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 5:19 PM said...

Dear Diana Zainal :

Dah lama ada~
Alternatif~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 5:19 PM said...

Dear Artoone :

Awww~
Awesome!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 5:19 PM said...

Dear Q :

awww~
cool~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on June 10, 2011 at 5:20 PM said...

Dear ahsfantasy24 :

Dulu blog ini pun tak wujud lagi~
hahaha~

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas