Sunday, June 19, 2011

#10 : Abah

Cetusan Marga ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ detikan 6/19/2011 08:10:00 PM

Abah.
Terima kasih atas segalanya.
Ya, segala-galanya.

Abah.
Terima kasih kerana dalam perjuangan beribu benih, anak ini terhasil menjadi manusia.
Alhamdulillah.

Abah.
Terima kasih kerana tidak pernah putus mendoakan anak nakal ini.
Tidak pernah merungut akan anak yang entah apa-apa ini.

Abah.
Semoga dalam perjalanan hidupmu punya yang baik-baik sahaja.
Punya kesempatan mendapat segala ganjaran cemerlang.

Abah.
Nasihatmu paling berguna buat aku.
Tutur kata paling dalam, paling perlahan sudah cukup mengundang sendu.
Terima kasih atas segalanya (sekali lagi)

Abah.
Walaupun sering dikatakan anak cikgu oleh orang lain, aku tetap bangga.
Sebab aku menjadi sebahagian daripada impian Abah.

Abah.
Bila agaknya mahu jadi waliku?

Abah.
Along sayang Abah.

http://farm5.static.flickr.com/4060/4716112314_ea0800be98.jpg
[Sumber gambar]
 Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa di dunia ini.
Apa pun panggilan yang diterima, anda hanya satu dalam bilangan yang tidak terkira.

2 ulasan:

Mrs.Sheikh on June 19, 2011 at 8:18 PM said...

:)

"Abah.
Bila agaknya mahu jadi waliku?"

kueh bakar on July 10, 2011 at 3:17 AM said...

salam zara

aku jemput kau sertai contest.

tq

 

Cetusan Marga Zara Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Best Gift ideas